Sabda Nabi: "Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah padanya kebaikan, akan diberi kefahaman dalam agama"

~~

Saturday, February 27, 2010

Suka duka menuju b.aceh


Alhamdulillah.

Itulah kalimah yang selayaknya diucapkan penulis setibanya di Lapangan Terbang di Banda Aceh.

Suatu pengalaman yang amat bernilai sepanjang berada di dalam kapal terbang Air Asia.

Dari atas dapat melihat alam ciptaan Allah. Iklim dan bentuk muka bumi Allah dapat dilihat dengan indahnya.

Kagum. Teruja.

Semuanya kerana melihat ciptaan Allah Yang Maha Hebat.

Melihat awan yang berdiri megah di tengah-tengah angkasaraya tanpa mengharapkan sebarang penggantungan. Terdetik perasaan kagum penulis terhadap ciptaan Allah yang bernama awan ini.

Melihat iklim bumi dari udara amat indah sekali. Panoroma dunia yang tidak dapat diterjemah dengan kata-kata.

Penat lelah, kegelisahan, kelam kabut ketika dibumi Malaysia hilang apabila melihat iklim bumi di Banda Aceh.

Indahnya bumi Aceh tiada siapa yang boleh menafikannya.

Bumi yang pernah melaksanakan syariat Islam.

Fakta yang tetap akan terukir di dalam lipatan sejarah Aceh. Walaupun ianya akan hilang diatas kertas, namun pada ingatan setiap masyarakat Aceh tetap akan segar mengimbau sejarah yang utuh itu.

Ketibaan penulis bersama-sama rakan seperjuangan Di Lapangan Terbang Aceh disambut meriah oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Indonesia, Cawangan Aceh (PKPMI,CA). Mereka banyak membantu rombongan penulis yang terdiri dari alumni Kolej UNITI, Malim Nawar(Perak), Taman Islam (Kemaman, Terengganu). Segala kesulitan dibantu sehinggalah kami dihantar ke tempat penginapan. Terima kasih penulis ucapkan kepada penggerak PKPMI, CA.

Sepanjang hampir 5hari di Aceh amat menyeronokkan sekali, pejam celik, pejam celik dah hampir seminggu disini. Sungguh pantas masa berlalu.

Hari ini sudah selesai pendaftaran di Universitas IAIN AR-RANIRY Banda Aceh untuk Fakultas Syariah Ahwal Syakhsiah (SAS). Mungkin minggu hadapan akan mula kelas pengajian setelah selesai dapat surat tawaran dan subjek, i'ALLAH.

Doakan ketabahan penulis dalam mengharungi ujian dan cabaran bersama anak-anak Aceh.

Sekian dulu untuk kali ini, wassalam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...