Thursday, December 24, 2009

mabruk...



Assalamualaikum wbt...

Pertama sekali marilah kita memanjat setinggi puji dan syukur hanya kepada Allah kerana masih diberi kesempatan kepada kita semua untuk menghirup nafas dan menikmati nikmat yang diberikan oleh-Nya kepada kita semua. Dengan izin-Nya juga kita masih mampu hidup dan menikmati tahun baru hijriah yang baru melewati kita 8hari yang lalu. Moga-moga tahun baru ini memancu kita untuk berubah dan menjadi yang lebih baik dari tahun yang lalu. Puji dan syukur juga penulis panjatkan kerna masih diberi kelapangan waktu dan kesihatan yang baik yang mana kelapangan masa dan kesihatan ini menyebabkan penulis dapat membuat sedikit coretan dalan posting kali ini.

Baik. Sekadar coretan dan ucapan dari penulis.

1- Tahniah penulis ucapkan kepada semua sahabat-sahabat yang sudah selesai perjuangan dalam semester ini. Yang telah selesai menyempurnakan ujian finalnya. Semoga beroleh najah.

2. Tahniah juga diucapkan kepada sahabat-sahabat yang telah berjaya memperjuang dan mempertahankan skripsi. Insya Allah tidak lama lagi kalian akan bergelar sarjana. Moga-moga ilmu yang ada dapat membantu mereka-mereka yang memerlukan ilmu kalian.

3. Kepada yang masih belum menyiapkan skripsi dan masih belum bersidang, bersabarlah dahulu. Jangan risau, kalian juga bakal menuruti sahabat-sahabat kalian yang lain. Cuma belum masanya lagi. Bersabarlah kerna disebalik kesabaran itu ada hikmah yang besar yang hanya dapat dirasai oleh mereka yang melaluinya sahaja. Penulis juga mengucapkan tahniah kepada kalian yang bakal bergelar Sarjana.

4. Kepada sahabat-sahabat yang masih belum final (pelajar Jurusan Syariah), penulis mengucapkan selamat berjuang dan berjihad dalam menempuhi ujian ini. Semoga ilmu yang diperolehi berjaya digunakan ketika menjawab segala persaolan yang diberikan nanti dan ilmu itu bermanfaat kepada kita hingga ke hujung hayat nanti. Amanahlah dengan ilmu. Jagalah ilmu itu nescahaya ianya bakal membawa natijah yang baik dalam kehidupan kita. Sama-samalah kita bermunajat dan memohon pertolongan dari Allah dalam setiap perkara kerana tidak ada pertolongan yang lebih baik kecuali dengan pertolongan dari Allah.

Setiap perkara yang dilakukan, ingatlah Allah bersama dengan kita.

Berusaha, Berdoa dan Bertawakkal.... itulah konsep tawakkal...


Thursday, December 10, 2009

Dakwah. Satu tanggungjawab.



Dakwah telah lama dimulai sejak zaman dahulu kala lagi. Zaman nabi-nabi yang terdahulu hinggalah sampai kepada zaman nabi junjungan besar kita, nabi Muhammad SAW. Dakwah ini disusuli oleh para sahabat setelah kewafatan nabi. Seterusnya diikuti oleh para tabi’in, tabi’ tabi’in, dibuntuti oleh kaum selepasnya hingga sampai zaman sekarang ini, era abad ke 20. Tidak lain dan tidak bukan dakwah ini adalah bertujuan untuk menegakkan kalimah Allah diatas bumi Allah ini agar manusia mengimani bahawa Allah lah Tuhan yang Esa, yang wajib disembah. Inilah antara tujuan Allah menjadikan kita makhluk di atas bumi ini.

“ Allah Pelindung (yang mengawal dan menolong) orang-orang Yang beriman. ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). dan orang-orang Yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut Yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya”. (surah al-Baqarah:27)

Kebaikan vs kejahatan. Begitu yang dapat digambarkan bahawa setiap perkara baik pasti akan ada perkara buruk yang akan menyusulinya. Maksudnya yang baik ini pasti akan ada perkara jahat yang akan menentangnya.

Dakwah=tentangan

Begitu juga dengan dakwah. “Dakwah” dan “penentangan” adalah suatu perkara yang sinonim. Sudah menjadi lumrah dan asam garam dalam dakwah setiap perkara yang menuju kebaikan akan ditentangan. Sejarah telah menukilkan akan perkara ini. Lihat sahaja lipatan-lipatan sejarah, dalam al-Quran begitu banyak kisah yang diceritakan oleh Allah sebagai peringatan bagi kita hambaNya bahawa dakwah pasti akan ada penentangan.

Nabi musa ditentang firaun, nabi luth ditentang umatnya, begitu juga nabi yunus, nabi sulaiman dan begitu juga dengan nabi-nabi yang lain termasuk juga nabi junjungan kita, nabi Muhammad SAW. Baginda begitu kuat ditentang oleh umatnya malah penentangan itu datangnya dari keluarganya sendiri. Orang yang paling dekat dengannya.

Lebih dekat lagi, kita lihat bagaimana As-syahid Syeikh Ahmad Yasin yang berkerusi roda, yang tidak mampu dari sudut zahirnya juga ditentang hebat. Beliau dibunuh dengan dilancarkan serangan bom(roket) seusai beliau solat subuh berjemaah dimasjid yang telah menghancurkan jasadnya.

Di dalam Negara kita sendiri, dakwah dari kalangan ulama’ dan orang-orang yang cintakan Islam juga hebat ditentang. Lihat sahaja pelbagai isu yang berkaitan Islam banyak ditentang dan diperdebatkan. Penubuhan NGO-NGO yang bertopengkan Islam yang dikuasai oleh golongan-golongan yang mempunyai autonomi inilah yang menjadi akar tunjang dan tulang belakang gerakan-gerakan penentangan Islam di Malaysia. Isu yang masih berlegar-legar lagi di bibir-bibir rakyat Malaysia tentang isu hukuman sebat keatas Kartika kerana didapati bersalah meminum arak dikhalayak ramai. Mahkamah Syariah Pahang telah memutuskan hukuman keatas Kartika, dan Kartika sendiri bersedia untuk menjalani hukuman tersebut, namun ianya masih belum dapat dilaksanakan dek kerana penentangan dari NGO-NGO dan golongan pemuka Islam yang kononnya berlindung atas dasar “melindungi hak-hak wanita” dan hak asasi manusia.

Memang benar dakwah pasti akan disusuli dengan penentangan. Baik penentangan dari masyarakat, kawan-kawan mahupun keluarga kita sendiri. Inilah yang perlu kita sedari. Haruslah kita sebagaimana muslim bersedia menghadapi tentangan yang pasti akan melanda kita. Jangan kita ingin melarikan diri dari tanggungjawab ini kerana kita memang telah ditakdirkan menjadi pendakwah sejak kita lahir lagi.

Sedarlah akan hakikat ini!!!

Sunday, November 29, 2009

Korban PKPMI-CA bersama masyarakat Aceh


Jam 7.30mlm

Lewat jam ini, maka telah berakhirnya segala hal yang berkaitan dengan majlis korban yang julung-julung kalinya dilaksanakan oleh pihak PKPMI-CA yang bertempat di Aceh Community Service (ACR).

Program korban ini adalah program kerjasama antara PKPMI-CA dengan PERKIM, Kuala Kedah. PKPMI-CA adalah pihak yang diberi tanggungjawab oleh pihak PERKIM dalam mengurus dan melaksanakan program ini.

Program ini adalah program yang julung kali diadakan oleh PKPMI-CA dan penulis dimaklumkan oleh YDP PKPMI-CA bahawa program ini juga merupakan program pertama yang dilakukan oleh PERKIM dalam rangka melakukan kebajikan sebagai seorang muslim keatas muslim yang lain yang fokus kebajikannya kali ini adalah bertempat di Aceh. Tempat yang pernah menjadi sejarah dunia dengan kejadian TSUNAMI.


Pihak PERKIM yang tiba pada hari khamis lalu telah datang ke Aceh dengan penerbangan FIREFLY dari penang terus ke Aceh dengan membawa pelbagai muatan makanan dari Malaysia. Beraneka juadah di bawa oleh pihak PERKIM termasuk lemang, ketupat, kuih muih dan lain-lain. Terasa terubat rindu kepada tanah air dengan datangnya pihak dari Malaysia yang sudi beraya dengan pelajar Malaysia di Aceh ini. Wakil pihak PERKIM dalam ucapannya menyatakan bahawa program seperti ini insya Allah akan menjadi program tahunan mereka dan PKPMI-CA menjadi pihak yang akan menjadi perantara dalam program mereka pada masa-masa akan datang.

Program korban ini dijalankan pada hari pertama aidul adha (27/11/2009) bertempat di ACR dengan dilakukan upacara penyembelihan 2 ekor lembu. Dalam rangka menjayakan program ini PKPMI-CA dibantu oleh ahlinya iaitu pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di IAIN AR-RANIRY, BANDA ACEH seramai 100orang. Acara program bermula dengan melaksanakan solat sunat hari raya di masjid yang berdekatan. Seusai solat penyembelihan lembu dilaksanakan dengan diikuti gotong royang masyarakat setempat dalam melapah dan memotong daging untuk agihan dan masakan. Pihak program menyediakan 2 ekor lembu dengan seekor lembu untuk diagihkan dan seekor lagi untuk dimasak untuk majlis hari raya bersama masyarakat setempat.

Dalam program ini juga pihak PERKIM menyerahkan bantuan kepada anak-anak yatim yang berada dibawah kelolaan pihak ACR. Pelbagai bantuan yang diberikan oleh pihak PERKIM termasuk baju sekolah dan lain-lain. Penulis dimaklumkan bantuan tersebut ditaja oleh sebuah bank di Malaysia.

Program tersebut berakhir dengan jayanya. Penulis mengucapkan tahniah kepada pihak PKPMI-CA kerana Berjaya melaksanakan proram ini.

Thursday, November 19, 2009

Menitik Kabar Dari Jauh




Salam kerinduanku dari perantauan
Buat sahabat-sahabatku sekalian
Moga ukhwah terbina bukan hanya untuk kepentingan
Tapi ianya kerana untuk mendapat keredhaan Tuhan

Salam kemaafaan kuhuluran
Andai diri mengundang kekhilafan
Bukan niat diri untuk melakukan
Tapi ianya adalah fitrah lemahnya insan

Sekalung doa aku harapkan
Darimu teman seperjuangan
Moga hatiku tabah dalam perjuangan
Mencari bekal dalam perjalanan

Harapanku besar bukan omong-omongan
Doamu teman amat aku harapkan
Moga doamu terus-terusan
Buat temanmu ini dalam perjuangan

Ucapan syukran ku titipkan
Atas segala keperihatinan
Moga engkau beroleh rahmat dari tuhan
Kerna mendoakan kesejahteraan teman

Wednesday, November 4, 2009

IAIN AR-RANIRY, BANDA ACEH



Ar-raniry
Engkau datang menyapaku berkali-kali
Menyentap hati sanubari
Sejarahmu indah jika diamati
Ditempat tsunami engkau gagah berdiri
Tempat yang pernah melaksanakan syariat Ilahi

Oh ar-raniry,
Seruanmu melambai-lambai indah sekali
Kini aku datang dengan harapan yang mengunung tinggi
Lautan selat Melaka telah aku harungi
Hanya kernamu duhai ar-raniry