Sabda Nabi: "Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah padanya kebaikan, akan diberi kefahaman dalam agama"

~~

Saturday, December 29, 2012

Solat Dhuha, saya ada cerita untuk anda.

       Setiap pagi hari persekolahan, Sekolah Rendah Islam Pintar Tahfiz Fuqaha (SRIPT Fuqaha), Bangi menjadikan runtinan bagi setiap pelajar untuk melaksanakan solat sunat dhuha. Ia dilakukan untuk mengembalikan energi tubuh dan mensyukuri akan nikmat Allah.

    Waktu dhuha diajarkan kepada kita umat Islam untuk melakukan solat sunat dhuha. Dikatakan solat dhuha mampu untuk memberikan kemudahan rezeki untuk kita dengan izin Allah Ta'ala.

    Saya ada cerita baik untuk dikongsi tentang solat dhuha. Bukan cerita tentang saya, tapi cerita kisah seorang sahabat saya. Ketika saya masih belajar di Aceh, saya ada seorang teman. Kami satu batch dan sekelas pengajian. Dia lepasan Diploma Syariah di KIAS, Nilam Puri, Kelantan dan saya lepasan Diploma Syariah di Kolej UNITI Port Dickson, N.9. Takdir Allah kami berjumpa disana, dibumi serambi mekah, Aceh, Indonesia.



      Dia seorang yang baik dan saya amat mengagumi beliau dalam bab ibadat dan agama. Beliau seorang yang rajin dan ada ilmu yang boleh dimanfaatkan. Sering beliau mengepalai aktiviti tahlil yang dianjurkan oleh persatuan. Ketika kami semester akhir, beliau diberi kelebihan oleh Allah lebih awal daripada yang lain untuk menyusun dan menyiapkan penulisan ilmiah nya (skripsi-sebutan disana-) yang merupakan tugasan akhir untuk mendapatkan S-1 (Strata 1 / Ijazah Sarjana Muda) sebagai syarat tamat sesi pembelajaran peringkat ijazah sarjana muda.

   Beliau antara yang terawal dapat menyiapkan skripsi dan seterusnya dapat menyelesaikan study-nya. Beliau punya semangat yang tinggi. Tidak pernah putus asa walau penulisannya sering ditolak oleh pensyarah pembimbing penulisan ilmiah ni. Beliau seorang yang tekad kerana menyedari datang dari keluarga yang kurang berkemampuan. Berkat usahanya, Allah ganjari kenikmatan dengan mendapat kebenaran dari pihak fakulti untuk diuji penulisan ilmiahnya dengan cara didiskusikan (sidang munaqasyah) dihadapan team penguji yang terdiri dari pensyarah-pensyarah berpengalaman dan berilmu tinggi.

   Taukah anda, bahawa sekiranya berjaya melepasi sesi pengujian ini, para mahasiswa akan diumumkan untuk berhak mengikuti konvokesyen dan dinyatakan layak untuk mendapatkan gelaran sarjana muda? Alhamdulillah, beliau berjaya melepasinya dan menjadi graduan trawal dari kalangan pelajar Malaysia disana. Ternyata saya cemburu dengan kejayaannya. Memang saya sungguh-sungguh cemburu!

    Apabila saya bertanya apa formula kejayaannya, beliau menyatakan sering melakukan solat sunat dhuha. Beliau juga berpesan agar saya sentiasa lakukan solat sunat dhuha agar Allah mudahkan jalan dan rezeki kita. Subhanallah! Benarlah disebalik solat sunat dhuha, ada hikmah yang terkandung di dalamnya. Saya sangat2 menghargai nasihat beliau.

       Inilah antara formulanya selain perlu rajin menelaah buku mencari bahan kajian serta bertaqarrub pda-NYA. Sungguh apabila usaha yang kita lakukan sudah maksimal, maka berdoa dan serahlah urusan kita pada Allah. Nescahaya Dia pasti akan memberikan ganjaran atas usaha kita. Inilah konsep tawakkal yang perlu kita imani.

      Seorang muslim yang berjaya adalah seorang muslim yang menjadikan ALLAH sebagai tempat pengharapannya. Alhmdulillah, kawan saya ini sudah menjadi guru J-QAF dan telah selamat menamatkan zaman bujangnya. Alhamdulillah dan tahniah buat beliau yang telah mengapai kejayaan secara berperingkat.

~Barakallahulakuma wajamak alaikuma fi khoir~♥



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...