Sabda Nabi: "Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah padanya kebaikan, akan diberi kefahaman dalam agama"

~~

Saturday, December 29, 2012

~ ::. Cinta Barakah .:: ~


          Salam wbt. Alhamdulillah, mari sama-sama kita merafa'kan puji dan syukur pada Sang Kholiq kerana masing diberi pinjaman nyawa untuk menikmati keindahan hidup didunia ini dan masih memberi ruang untuk kita perbanyakkan amal ibadah untuk menuju alam akhir kelak.

          Cuti persekolahan merupakan waktu yang paling digemari oleh anak muda untuk menamatkan zaman bujangnya. Kalau dulu hidup berseorangan, kini mencari teman untuk menemaninya. Tidak kurang dengan kawan-kawan saya. Cuti persekolahan kali ini digunakan untuk menamatkan zaman bujang masing-masing. Dalam batch kami, boleh kire dengan jari berapa lagi yang masih bujang. Tak sampai 5 orang dari jumlah asal 13orang.

          Dalam banyak-banyak majlis perkahwinan, saya hanya mampu untuk hadir walimah salah seorang sahaja dari mereka. Bukan sebab tidak mau hadir, tapi kekangan masa yang tidak memungkinkan saya untuk hadir. Kebanyakkan hari walimah mereka, bertembung dengan aktiviti luar saya. Tambahan pula saya cuti berkerja hanya bermula pada 17 Dis 2012 -7 Jan 2013. Memang rugi, sebab inilah peluang terbaik untuk kami kembali berhimpun dan berjumpa setelah tamat belajar. Namun, suratan takdir mendahului segala-galanya.


      Alhamdulillah, saya dapat hadir walimah kawan saya, Hafiz namanya. Walimahnya di Kuantan, Pahang memandang isterinya orang Pahang. Walau cuaca hujan dikawasan sana, namun Allah memberi peluang untuk saya mengeratkan ukhwah dengan beliau. Sempat saya bergambar dengan pengantin baru dan berborak-borak. Walaupun terpaksa menunggu untuk dapat berborak-borak (sbb: pengantin baru, biaselah orang sibuk nak jumpa dan bergambar kenangan), tapi tetap bersyukur. 

            Banyak hal yang kami borakkan, dari cerita kerja, perjuangan sampailah cerita bagaimana dia boleh menikahi si buah hatinya itu. Saya cuba mengorek cerita darinya bagaimana dia boleh mengahwini si buah hatinya. Masakan tidak, si buah hatinya itu juga bekas pelajar di tempat saya belajar dulu, di Aceh Indonesia. Tapi dia junior kami, dan tidak sejurusan/sealiran dengan kami. Kami syariah, si buah hatinya aliran usuluddin. 

           Mendengar ceritanya, saya hanya mampu tersenyum. Penuh dengan ketidakpercayaan. Saya kenal dia (walaupun hanya dapat mengenalinya 2 tahun setengah), dia seorang yang tegas dan berprinsip. Saya tidak ingin cerita secara detail, namun cukup untuk saya simpulkan, ikatan pernikahan mereka sungguh suci tanpa terpalit noda dan dosa. Rupa-rupanya masih ada manusia yang masih menjaga syariat dalam hal mendirikan rumahtangga.

         Menjaga syariat dalam hubungan pernikahan suatu hal yang sangat2 dituntut. Sebab, hal ini akan membantu untuk kita menjalani rumah dengan baik bagi mencapai keluarga SAMARA (SAkinah, MAwaddah, wa RAhmah).

          Banyak cara yang boleh kita lakukan untuk menjaga hubungan pernikahannya. Antaranya dengan menggunakan orang tengah sebagai perantara dalam usaha untuk menikahi mereka yang kita ingin jadikan pasangan. Cara ini bukanlah cara lapuk. Bukan juga trend baru. Tapi cara ini sudah dilakukan oleh Siti Khadijah, juga telah dilakukan oleh ayah-ayah kita dulu. Menggunakan orang tengah akan membantu untuk kita tidak tersasar dalam mengorak langkah, sebab orang tengah ini akan membantu kita dan memantau kita sepanjang tempoh perkenalan antara kita dan pasangan. 

          Jadi disini, perlu mencari orang tengah yang boleh dipercayai, jujur, tidak bohong dan punya akhlak yang baik. Sebab, orang tengah yang mempunyai ciri-ciri ini akan lebih membantu untuk kita lebih tenang hati untuk membuat pilihan. 

            Inilah jalan yang digunakan oleh kawan saya dalam proses untuk membina rumahtangga taqwa yang diredhoi Allah. Saya amat-amat bangga dengan beliau dan mengharap anak muda yang belum menamatkan zaman bujang atau sudah berniat untuk menamatkan zaman bujangnya, gunakan cara yang baik untuk proses pernikahan, sebab disana adanya berkah yang akan membantu kita melayari bahtera bersama pasangan kita. Tanpa berkah dan rahmah dari Allah, rumahtangga yang ingin dibina sampai ke syurga itu akan menjadi sia-sia.

p/s:

Pernikahan bukan untuk sehari, tapi untuk selama-lamanya.
Pernikahan, bukan semata-mata dengan pasangan, tapi seluruh keluarga pasangan kita, jagalah silaturrahim dengan baik.
Lelaki, mereka ketua keluarga, patuhi dan taat pada selagi tidak bertentangan dengan kehendak Islam kerana syurga bagi seorang wanita ada pada suaminya.
Perempuan, mereka bukan hamba kita, tapi sebagai pembantu bagi sang lelaki, yang akan melahirkan zuriat untuk kita. Mereka amanah dari Allah untuk kita.

Pasangan kita adalah pelengkap untuk diri kita. Bersedia untuk menerima kekurangan, jangan mencemuh jangan mengherdik. Layari bahtera rumahtangga dengan ibadah dan doa pada Allah, insya Allah rumahtangga akan berjaya mencapai matlamatnya.

Selamat buat kawan-kawan yang sudah mendirikan rumahtangga, 
doaku buat kalian agar beroleh rahmah dari Allah Ta'ala 
(jangan lupa doakan sahabtmu ini deh)
~Barakallahulakum~ ;-)

1 comment:

  1. Alhamdulillah Allah permudahkan jalan menuju redho-Nya..syukran atas nukilan yg cukup bermakna buat ana yg di karang oleh penulis muda yg berbakat iaitu sahabat seperjuangan ana Mohd Zulkarnain Bin Aman Razali..syukran skali lagi sahabat..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...