Sabda Nabi: "Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah padanya kebaikan, akan diberi kefahaman dalam agama"

~~

Wajibat & Muwasofat Tarbiyah

A. Wajibat Muslim

1. Dirikan solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2. Bacalah al-Quran atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada berfaedah.

3. Berusahalah dan bersungguh-sungguhlah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus_hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4. Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7. Janganlah saudara meninggikan suara kebih dari kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suara rasmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8. Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan manfaat.

9. Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10. Kewajiban-kewajiban kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah perlaksanaannya.


B. Muwasofat Tarbiyah

Muwasofat tarbiyah merupakan sifat2 yg telah digariskan oleh Imam Hasan Al-Banna buat mereka yang cintakan perjuangan Islam. Melalui sifat-sifat ini, kita mampu membentuk karekter muslim yang sejati dan fakih. Sifat-sifat ini harus dikuasai oleh para pencinta keadilan Islam guna untuk kebaikan buat dirinya dan juga kebaikan buat masyarakat umumnya.

Kita sedia maklum, dunia hari ini, khususnya Malaysia kebanyakkannya sudah lari dari manhaj Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, kita inigin agar nantinya masyarakt Malaysia mampu untuk kembali mengimani Islam secara syumul. Kita inginkan, sistem yang digunakan di Negara kita ini menggunakan sistem yang telah digariskan oleh Islam.

Pertanyaan yang wujud, dari mana kita ingin mengambil sistem itu? Jawapannya adalah menerusi panduan agung yaitu al-Quran as-Sunnah Nabi SAW. Seandainya kita mampu menggunakan sistem ini, saya percaya dan yakin rakyat Malaysia akan menikmati satu kehidupan yang sejahtera dan harmoni di mana di dalamnya termaktub keadilan yang menguntungkan semua pihak baik daik kalangan muslim maupun non-musliam.

Berikut merupakan sifat-sifat tarbiyah yang perlu kita sama-sama penuhi. Moga Allah memudahkan langkah kita untuk memenuhi kesemua sifat-sifat ini. Insya Allah. Seeru 'ala barakatillah.

1. Akidah yang sejahtera

2. Ibadah yang betul

3.Akhlak yang mantap

4. Mampu berusaha

5. Berpengetahuan luas

6. Kuat tubuh badan

7. Mampu melawan nafsu

8. Menjaga waktu

9. Tersusun dalam urusan

10. Bermanfaat kepada orang lain

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...