Sabda Nabi: "Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah padanya kebaikan, akan diberi kefahaman dalam agama"

~~

Saturday, March 23, 2013

PRU 13, kapan bisa hadir?


Bismillahirrahmanirrahim.

Menunggu tarikh keramat untuk parlimen dibubarkan seperti menunggu kucing bertanduk.

Penat, letih, serabut.

Setiap manusia ada perancangan hidup mereka tersendiri. Mengapa disulitkan sesuatu yang tiada sulit. Tempoh yang sudah hampir tamat, kenapa masih belum dibubarkan? 5 tahun sudah berlalu. 2008-2013.

Negara perlukan pemimpin yang baru. Pemimpin yang berkaliber, yang mampu memandu ummah dan mentadbir negara. 

Dua ciri penting bagi seorang pemimpin, qawiyy dan amiin. Mereka mampu membawa kesejahteraan kepada rakyat dan kemakmuran pada negara.


Jika ditanya, kenapa sibuk sangat nak tunggu pilihan raya?

Jawaban saya sama seperti mereka-mereka yang lain. Yang sedang istiqamah untuk menunggu.

Pilihan raya bukan hanya sekadar pilihan raya. Pilihan raya suatu fasa/keadaan/situasi untuk kita memilih pemimpin bagi ummat dan negara.

Isu memilih pemimpin adalah isu besar bagi ummat Islam. Lihat saja, bagaimana sahabat-sahabat Nabi telah berkumpul di suatu tempat untuk berbincang melantik pemimpin (khilafah) bagi menggantikan Nabi Muhammad shollallahu 'alaihi wasalam setelah kewafatan Baginda Nabi sehinggakan mereka menangguhkan urusan pengurusan jenazah Nabi Muhammad shollallahu 'alaihi wasalam.

Siapa pemimpin yang akan memimpin rakyat dan negara terletak pada jari kita untuk memilih. Jika silap pertimbangan dalam memilih, binasalah kita. 

Kita inginkan pemimpin yang bukan sahaja cakna dengan rakyat dan negara ini, bahkan kita inginkan pemimpin yang sifatnya syumul. Syumul dalam memberi cakna dan perhatian. Tidak berat sebelah dalam memberi penilain dan perhatian.

Pemimpin yang kita inginkan kelak, adalah pemimpin yang cakna dengan isu umat Islam sejagat dan isu-isu dunia umumnya. Pemimpin itu pemimpin yang berani untuk memberi kata dua, kata pemutus dan kata amaran kepada mereka yang cuba-cuba untuk melakukan kefasadan (kerosakan) di atas muka bumi ini.

Atas dasar ini, kami sanggup dan istiqamah menunggu tarikh parlimen dibubarkan. Tujuannya untuk menukarkan kepimpinan negara kepada yang baru. Sudah cukup masa yang diberikan selama 55 tahun. Kali ini harus ditukar.

Kami menanti Dato' Seri Najib mengumunkan "dengan ini, parlimen dibubarkan untuk memberi ruang pilihan raya ke -13 dijalankan".

Semoga Dato' Seri diberi kekuatan untuk membubarkan parlimen.

Kami rakyat, sentiasa sabar menunggu. Namun bukan menunggu untuk kuncing bertanduk.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...