Sabda Nabi: "Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah padanya kebaikan, akan diberi kefahaman dalam agama"

~~

Saturday, February 27, 2010

Hijrah dalam menuju perubahan


Jika kita membincangkan masalah hijrah sahaja, seolah-olah tidak lengkap. Jika membicarakan masalah perubahan juga seolah-olah tidak lengkap. Kalimah 'hijrah' dengan 'perubahan' tidak mungkin dapat dipisahkan. Kalimah ini diibaratkan seperti kuku dan isi. Seperti pedang dengan sarungnya. Juga boleh dikatakan seperti gula yang tidak boleh dipisahkan dengan rasa manisnya. Semua ini sudah semua sedia maklum. Ini adalah hukum alam. Tidak perlu diuraikan panjang lebar.

Apabila berlaku hijrah pasti akan berlaku perubahan. Sama ada perubahan itu merupakan perubahan kepada kebaikan atau sebaliknya. Itu bergantung kepada mereka yang memilih manhaj atau jalan hijrah tersebut. Bergantung juga kepada niat mereka.

إنّما الأعمال بالنّيات وإنّما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله و رسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه

Hadis di atas dengan jelas menunjukkan bahwa setiap apa yang kita lakukan harus disertakan dengan niat. Hal ini kerana niat akan membezakan antara sesuatu yang kita lakukan itu menjadi ibadah atau sebaliknya.

Jika berbicara mengenai hijrah dan perubahan hadis diatas juga ada menjelaskan mengenai hijrah. Pokok pangkalnya adalah setiap hijrah yang kita lakukan, natijah perubahan itu akan bergantung kepada 'sebab apa kita lakukan hijrah dan perubahan itu".

Berbalik kepada tajuk posting kali ini. Kenapa saya meletakkan judul tersebut? Yang jelasnya saya bukanlah hendak membahas masalah konsep hijrah dan perubahan. Jika dibahas konsep hijrah dan perubahan amatlah panjang dan saya bukanlah orang yang layak untuk membahas tentang konsep ini. Hanya secubit sahaja yang mampu saya nyatakan. Mungkin itu hanyalah asas kepada konsep 'hijrah' dan 'perubahan'. Wallahua'lam.

Apa yang sebenarnya yang hendak saya nyatakan melalui judul "Hijrah Dalam Menuju Perubahan" ini adalah mengenai background blog dan penggunaan kata saya posting kali ini dan posting-posting yang akan datang Insya Allah.

Berkenaan dengan background blog ini, kenapa seringkali saya ubah? Hal ini kerana saya rasa kurang sesuai penggunaan background-background yang lepas dalam blog saya. Hal ini juga disebabkan saya masih tercari-cari background yang sesuai dan sebati dengan jiwa saya. Mengenai background yang lepas, saya gantikan yang kali ini kerana ada yang tidak kena dengan Al-Quran yang berada di kepala blog saya. Saya jadi ragu-ragu, takut nanti saya akan membawa natijah yang buruk kepada pemahaman sahabat-sahabat saya yang melihat perkara ini. Saya ucapkan terima kasih kepada sahabat yang menegur mengenai perkara ini. Jazakallah Khairan Jaza'.

Berkaitan dengan penggunaan ganti nama 'saya' dalam blog kali ini dan akan datang, hal ini saya merasakan penggunaan kata ganti nama ini mungkin membawa diri saya lebih dekat kepada para pembaca sekalian. Hal ini amat bagus dalam usaha saya membawa perubahan pada diri saya dan sahabat-sahabat yang lain. Mungkin dengan cara ini, saya mampu merealisasikan dan memenuhi motto dan prinsip saya 'bukan mudah memberi faham, tapi berusaha kearahnya adalah satu cabaran'.

Wallahua'lam....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...