Sabda Nabi: "Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah padanya kebaikan, akan diberi kefahaman dalam agama"

~~

Saturday, February 27, 2010

10 wasiat Hasan Al-Banna

Hasan Al-Banna.


Nama yang begitu gah di dunia muslim. Siapa yang tidak kenal dengan Hasan Al-Banna. Sosok tubuh yang mengegarkan dunia. Ikhwan Muslimin yang ditubuhkan pada tahun 1928 selepas kejatuhan kerajaan Turki Uthmani pada tahun 1924 menjadi jejak dan langkah mereka yang datang kemudian hari. Perjuangan dan fikrah gerakannya menjadi ikutan jemaah-jemah Islam di seluruh dunia. Setiap sudut yang ada pada Ikhwan Muslimin dijadikan pedoman dalam perjuangan. Dialah orangnya yang menubuhkan gerakan dakwah ini. Sosok tubuh yang menjadi ikutan. Sosok tubuh yang mencetak kader-kader dakwah. Karya-karyanya dijadikan bahan rujukan yang penting dalam gerakan dakwah. Inilah dia sosok tubuh yang bernama Hasan Al-Banna.

Berikut adalah wasiat yang telah diberikan olehnya kepada umat Islam khususnya para pejuang-pejuang agama Allah.

1- Jika terdengar azan,maka segeralah bangun untuk menunaikan solat berjemaah walaubagaimana sekalipun keadaan seseorang itu.

2- Perbanyakkan bacaan al-Quran,selalu membuka kitab2 untuk menambah ilmu,pergi ke majlis2 Ilmu,perbanyakkan zikrullah dan jangan membuang masa dalam perkara yang tidak mendatangkan faedah.

3- Berusaha untuk bertutur dalam bahasa Arab yang Fushah kerana Bahasa Arab yang betul (Fushah) adalah lambang(syiar) Islam.

4- Janganlah bertengkar walau dalam apa jua keadaan sekalipun kerana pertengkaranyang kosong tidak mendatangkan apa-apa faedah.

5- Janganlah terlalu banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah sentiasa sahaja akan tenteram dan tenang.

6- Janganlah terlalu banyak bergurau kerana orang islam yang sedang berjuang itu tidak mengerti erti bergurau melainkan bersungguh2 dalam setiap perkara.

7- Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8- Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9- Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10- Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...