Sabda Nabi: "Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah padanya kebaikan, akan diberi kefahaman dalam agama"

~~

Saturday, May 8, 2010

Melawan fitnah korupsi/rasuah

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah Taala kerana masih diberikan kepada kita semua nikmat Islam dan nikmat iman. Inilah nikmat yang paling besar dikurniakan oleh Allah kepada kita, maka sewajibnya dan selayaknya kita sebagai hambanya Allah mensyukuri pemberian kedua nikmat ini. Hal ini kerana nikmat ini hanya diberikan kepada yang layak sahaja dan kitalah orang yang layak dan beruntung itu. Oleh itu marilah kita menunaikan perintah-Nya dengan sebenarnya dan meninggalkan larangan-Nya dengan sebenar-benarnya. Selawat dan salam tidak lupa juga kita panjatkan kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Baginda lah tokoh reformis yang hebat dalam melakukan anjakan paradigma terhadap manusia yang dulunya berada dalam kebodohan sehinggalah membawa manusia kealam yang dipenuhi sinar kemuliaan.

Alhamdulillah, saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah yang telah memberikan kepada saya nikmat kesihatan dan masa lapang untuk saya meneruskan tanggungjawab saya sebagai hamba-Nya menerusi alam maya ini. Semoga perkongsian ini membawa manfaat dan membawa satu perubahan yang baik dalam diri kita dalam rangka menjadi hambanya yang bertakwa.


Rasuah ataupun korupsi merupakan salah satu fitnah yang besar menimpa umat Islam saat ini. Di pejabat-pejabat Negara maupun di pejabat persendirian berlakunya rasuah malahan ianya seakan-akan sudah sebati dalam kehidupan. Dari orang atasan hinggalah kepada orang bawahan semuanya terlibat dengan rasuah. Rasuah ini adalah merupakan perbuatan yang buruk dan tergolong dalam dosa kerana perbuatan rasuah ini telah menindas golongan-golongan yang lain dan mengambil hak orang lain.


Rasuah ini sayugianya dijauhi oleh umat Islam agar semua manusia dapat menikmat hak yang sama. Bukanlah perkara yang susah untuk kita menjauhi perbuatan rasuah. Ianya merupakan kehendak kita antara hendak menjauhinya ataupun tidak. Jika kita ingin menjauhinya amak kita mampu untuk menjauhinya. Jika diteliti balik, bermulanya perbuatan rasuah adalah melalui diri kita sendiri, maka pengakhiran rasuah itu juga datangnya dari diri kita sendiri. Jika kita mempunyai nafsu dan matlamat yang kuat untuk menjauhinya, Insya Allah kita akan dapat menjauhinya. Allah akan memudahkan jalan bagi hamba-Nya yang ingin bertaubat.


Khatib jumaat menjelaskan kepada jemaah yang hadir bahwa jalan untuk meninggalkan amalan rasuah ini amatlah mudah. Khatib jumaat menjelaskan beberapa jalan yang perlu diambil kira dalam proses kita untuk menjauhi amalan rasuah ini.


Yang pertama adalah menerusi iman dan takwa kita. Iman dan takwa merupakan asas hidup kita. Jika kita beriman dan bertakwa kepada Allah dengan sebenar-benar keimanan maka pasti kita mampu untuk menjauhi amalan rasuah tersebut. Hal ini kerana iman dan takwa inilah merupakan benteng untuk kita melakukan perbuatan yang buruk. Seandainya benteng ini hancur maka kemaksiatan akan mudah memasuki dalam diri kita dan menguasai segala perbuatan kita. Tingkatkan iman dan ketakwaan kita. Dengan keimanan ini kita dapat menjauhi amalan rasuah kerana kita yakin Allah melihat segala perbuatan yang kita lakukan dan pasti ianya akan dicatit oleh malaikat mungkar dan nakir. Dalam hal ini imanlah yang menjadi fungsinya.


Jalan kedua pula adalah menerusi ahli keluarganya. Keluarga adalah orang yang harus berperan dalam rangka menjauhi amalan korupsi yang dilakukan oleh suami. Ahli keluarga haruslah bersederhana dalam berbelanja. Nafsu untuk bermewah harus dikurangi dan dijauhi. Nafsu untuk bermewah inilah punca suami atau ayah melakukan amalan rasuah. Kerana desakan keluarga meminta segala sesuatu yang melebihi batas kemampuan untuk dibeli telah mendorong golongan suami atau ketua keluarga ini menggunakan jalan serong ini untuk memenuhi kehendak mereka yang berada dibawah tanggunggannya.


Jalan ketiga menerusi ukhwah sesama muslim (mencari kawan yang baik). Kawan yang baik akan mendorong seseorang melakukan perkara baik. Sebagaiman seseorang berkawan dengan penjual minyak wangi, maka dia akan terkena bau wangian itu. Jika dia berkawan dengan pembuat besi maka dia akan terkena percikan api dari ketukan besi tersebut. Jika kita memilih untuk berukhwah dengan yang baik, pasti orang yang baik itu akan menunjukkan kita jalan mana yang harus kita lalui. Begitu juga dalam hal rasuah ini, golongan ini akan menyedarkan kita akan hakikat dosanya perbuatan rasuah tersebut.


Guna ketiga jalan ini nescaya kita mampu untuk menjauhi diri dari fitnah rasuah. Jika kita berusaha untuk menuju kearah kebaikan insya Allah, Dia akan memudahkan jalan untuk kita.

Wednesday, April 28, 2010

Boleh sekiranya anda ingin lakukan maksiat...


Andai ditanya boleh ke buat maksiat (melakukan apa yang dilarang oleh Allah)?

Lantas inilah jawapanku :-

“Buat maksiat?? Boleh je, no problem punye…

Anda boleh buat maksiat.

Anda boleh untuk bercouple.

Anda boleh berdua-duaan.

Anda boleh untuk melanggar semua perintah dan larangan Allah.

Tapi dengan syarat…….

1.) Jika sekiranya anda mampu ntuk mencari dan membuat udara sendiri untuk hidup

2.) Jika sekiranya anda mampu untuk mencari dan membuat air sendiri untuk hidup.

3.) Jika sekiranya anda mampu untuk mencari dan mencipta dunia yang lain untuk hidup.

Jika syarat-syarat ini mampu anda lakukan maka silalah untuk lakukan maksiat.”

Wednesday, April 7, 2010

Mahasiswa Malaysia di Minta Bertenang

Saya perpanjangkan kepada sahabat semua



SEMUA RAKYAT PKPMI-CA DIMINTA BERTENANG

http://pkpmi-ca.blogspot.com (laman rasmi persatuan pelajar Malaysia di Aceh)

Gempa dengan kekuatan di atas 7.2 skala Richter di Aceh yang berpusat di Tenggara Sinabang, berkedalaman 34 kilometer di bawah permukaan laut menyebabkan gegaran kuat. Kejadian berlaku pada pukul 5.15 waktu Indonesia Barat (WIB). Berikutan kejadian gempa bumi itu telah meneyebabkan bekalan letrik dan jaringan telekomunikasi telah terputus selama 4 jam selepas gempa bumi.

Menurut kenyataan daripada YDP Persatuan Kebaghsaan Pelajar Malaysia Di Indonesia Cawangan Aceh (PKPMI-CA) saudara Mohd Azzar bin Ismail berkata “ Alhamdulillah seramai 195 orang mahasiswa Malaysia selamat dari kejadian gempa bumi dan tiada berlaku sebarang kecederaan bahkan kemalangan sekalipun”. “Dalam masa yang sama dengan kejadian gempa bumi ini juga tidak mematahkan semangat mereka untuk ke kuliah pada jam berikutnya” tambah beliau.


Dalam masa yang sama setelah beberapa jam, Saudara Mohd Azzar telah mendapat panggilan telefon daripada Dato Dr. Junaidy Abu Bakar Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Indonesia (JPMI) dan En. Azman selaku Warden Kedutaan Besar Malaysia Indonesia . Dengan nada yang penuh keprihatinan beliau meminta supaya semua mahasiswa Malaysia sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga. Pihak kedutaan akan sentiasa menindaklanjuti perkembangan Mahasiswa Malaysia di Aceh dari masa ke semasa.

Menurut pakar gempa dari Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI), Dr Danny Hilman Natawijaya, ada dua pulau berpenduduk padat yang berada di pusat gempa. Danny yang lama melakukan penelitian kegempaan di Sumatera memperkirakan, akibat dari gempa bumi dua pulau mengalami kesan terparah. Dan menurut beberapa kajian, tidak menutup kemungkinan akan berlaku gempa akan berlaku beberapa gempa susulan. Semua posisi diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.

Wednesday, March 24, 2010

Cabaran Umat Islam

Cabaran umat Islam

Written by al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri

www.syeikh-takiri.blogspot.com

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah dengan segala limpahan nikmat yang dikurniakan. Selawat dan salam buat junjungan besar Rasulillah dan juga para Sahabat yang berjuang seterusnya mereka yang mengikuti perjuangan Islam ini hingga ke akhir zaman.

Saudara beriman,

Umat Islam sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran yang menguji keimanan mereka. Pelbagai idealisama yang bercanggah dengan Islam disuntik masuk ke dalam pemikiran mereka sehingga mengancam aqidah pegangan mereka. Antara yang terkini dan hangatnya ialah liberalisma dan pluralisma.

Liberalisma mengajak kearah kebebasan untuk berbicara dan bertindak sehingga melupakan keterikatan mereka dengan peraturan Allah. Pluraslisma menganggap semua agama adalah sama. Semuanya membawa ke syurga! Hasilnya umat islam kehilangan rasa izzah (bangga) dengan Islam yang dianuti. Kemuncaknya umat islam tidak merasa cemburu terhadap mereka yang berhasrat keluar daripada Islam. Berita tentang umat Islam yang murtad lansung tidak membimbangkan hati mereka. Mereka lebih bimbang dengan makan dan minum mereka!

Tanpa sedar kita diperbodohkan oleh media dengan hidangan pelbagai pertandingan dan peraduan sms. Terbaru, bola yang menjadi kegilaan ramai menjadi medan untuk golongan kapitalis mengaut keuntungan dengan peraduan sms. Hakikatnya puluhan ribu manusia termasuk umat Islam sedang ditipu tapi malangnya mereka tidak sedar mereka tertipu dan diperbodoh-bodohkan oleh pengacara-pengacara rancangan yang sememangnya dibayar untuk memperbodohkan manusia-manusia yang bersedia untuk diperbodohkan. Namun mereka bersedia untuk diperbodohkan lantaran kegilaan mereka untuk mendapatkan habuan dunia yang dicanangkan. Inilah yang dikatakan cinta dunia. Inilah penyakit umat akhir zaman.

Baginda pernah menggambarkan kepada para sahabat keadaan umat islam yang di ratah dan diserang dari segenap penjuru. Apabila ditanya oleh sahabat puncanya; adakah ia kerana bilangan umat yang sedikit? Baginda membalas; bukan kerana mereka sedikit, tetapi kerana mereka ditimpa penyakit “wahn”(lemah). Apabila ditanya; apa makna lemah? Baginda menegaskan : “cintakan dunia dan takutkan mati.”

Sunday, March 7, 2010

Tahniah kepada semua graduan mahasiswa Malaysia di IAIN Ar-Raniry


Ucapan tahniah saya lontarkan kepada semua graduan Malaysia yang telah menamatkan sesi pembelajaran di IAIN Ar-Raniry. Rasanya wisuda hari ini begitu membawa makna kepada semua graduan. Mungkin semua gembira teruja melihat suasana yang begitu meriah dengan pelbagai sepanduk, papan yang dihiasi kata-kata yang dibuat seolah-olah menggunakan bunga, jualan-jualan dan lain-lain.

Saya sendiri begitu teruja dan gembira melihat suasana sedemikian rupa. Seolah-olah sudah tidak sabar lagi untuk bergraduan. Moga urusan ke arahnya dipermudahkan oleh Allah.

Semoga sahabat-sahabat yang telah bergelar sarjanawan dapat menabur bakti kepada masyarakat kerana saya yakin masyarakat amat-amat memerlukan kalian semua. Dalam keadaan dan situasi dunia yang semakin mencabar ini, saya yakin sahabat dapat merasakan pelbagai fitnah yang telah berlaku ke atas para pemuda pemudi dan masyarakat di negara kita. Meraka semua ini harus didekati dan diberi tunjuk ajar. Saya yakin mereka semua ingin berubah dan tercari-cari orang yang boleh memberi tunjuk ajar kepada mereka. Orang yang dimaksudkan itu adalah diri kalian semua. Kalian lah orang yang dicari-cari oleh mereka, maka saya mengharapkan kalian semua mampu melakukannya.

Hal ini kerana saya yakin kalian adalah orang yang fakih, orang yang mempunyai ilmu yang tinggi. Oleh itu manfaatkanlah ilmu yang ada pada diri kalian untuk AGAMA, bangsa dan negara.
"berbakti kepada ilmu yang dimiliki, janganlah sesekali mengkhianati kepada ilmu yang dimiliki"

"jadilah manusia yang sangat bermanfaat kepada manusia
kerana sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat bagi manusia"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...