Alhamdulillah, saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah yang telah memberikan kepada saya nikmat kesihatan dan masa lapang untuk saya meneruskan tanggungjawab saya sebagai hamba-Nya menerusi alam maya ini. Semoga perkongsian ini membawa manfaat dan membawa satu perubahan yang baik dalam diri kita dalam rangka menjadi hambanya yang bertakwa.
Rasuah ataupun korupsi merupakan salah satu fitnah yang besar menimpa umat Islam saat ini. Di pejabat-pejabat Negara maupun di pejabat persendirian berlakunya rasuah malahan ianya seakan-akan sudah sebati dalam kehidupan. Dari orang atasan hinggalah kepada orang bawahan semuanya terlibat dengan rasuah. Rasuah ini adalah merupakan perbuatan yang buruk dan tergolong dalam dosa kerana perbuatan rasuah ini telah menindas golongan-golongan yang lain dan mengambil hak orang lain.
Rasuah ini sayugianya dijauhi oleh umat Islam agar semua manusia dapat menikmat hak yang sama. Bukanlah perkara yang susah untuk kita menjauhi perbuatan rasuah. Ianya merupakan kehendak kita antara hendak menjauhinya ataupun tidak. Jika kita ingin menjauhinya amak kita mampu untuk menjauhinya. Jika diteliti balik, bermulanya perbuatan rasuah adalah melalui diri kita sendiri, maka pengakhiran rasuah itu juga datangnya dari diri kita sendiri. Jika kita mempunyai nafsu dan matlamat yang kuat untuk menjauhinya, Insya Allah kita akan dapat menjauhinya. Allah akan memudahkan jalan bagi hamba-Nya yang ingin bertaubat.
Khatib jumaat menjelaskan kepada jemaah yang hadir bahwa jalan untuk meninggalkan amalan rasuah ini amatlah mudah. Khatib jumaat menjelaskan beberapa jalan yang perlu diambil kira dalam proses kita untuk menjauhi amalan rasuah ini.
Yang pertama adalah menerusi iman dan takwa kita. Iman dan takwa merupakan asas hidup kita. Jika kita beriman dan bertakwa kepada Allah dengan sebenar-benar keimanan maka pasti kita mampu untuk menjauhi amalan rasuah tersebut. Hal ini kerana iman dan takwa inilah merupakan benteng untuk kita melakukan perbuatan yang buruk. Seandainya benteng ini hancur maka kemaksiatan akan mudah memasuki dalam diri kita dan menguasai segala perbuatan kita. Tingkatkan iman dan ketakwaan kita. Dengan keimanan ini kita dapat menjauhi amalan rasuah kerana kita yakin Allah melihat segala perbuatan yang kita lakukan dan pasti ianya akan dicatit oleh malaikat mungkar dan nakir. Dalam hal ini imanlah yang menjadi fungsinya.
Jalan kedua pula adalah menerusi ahli keluarganya. Keluarga adalah orang yang harus berperan dalam rangka menjauhi amalan korupsi yang dilakukan oleh suami. Ahli keluarga haruslah bersederhana dalam berbelanja. Nafsu untuk bermewah harus dikurangi dan dijauhi. Nafsu untuk bermewah inilah punca suami atau ayah melakukan amalan rasuah. Kerana desakan keluarga meminta segala sesuatu yang melebihi batas kemampuan untuk dibeli telah mendorong golongan suami atau ketua keluarga ini menggunakan jalan serong ini untuk memenuhi kehendak mereka yang berada dibawah tanggunggannya.
Jalan ketiga menerusi ukhwah sesama muslim (mencari kawan yang baik). Kawan yang baik akan mendorong seseorang melakukan perkara baik. Sebagaiman seseorang berkawan dengan penjual minyak wangi, maka dia akan terkena bau wangian itu. Jika dia berkawan dengan pembuat besi maka dia akan terkena percikan api dari ketukan besi tersebut. Jika kita memilih untuk berukhwah dengan yang baik, pasti orang yang baik itu akan menunjukkan kita jalan mana yang harus kita lalui. Begitu juga dalam hal rasuah ini, golongan ini akan menyedarkan kita akan hakikat dosanya perbuatan rasuah tersebut.
Guna ketiga jalan ini nescaya kita mampu untuk menjauhi diri dari fitnah rasuah. Jika kita berusaha untuk menuju kearah kebaikan insya Allah, Dia akan memudahkan jalan untuk kita.
No comments:
Post a Comment