Sabda Nabi: "Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah padanya kebaikan, akan diberi kefahaman dalam agama"

~~

Wednesday, March 24, 2010

Cabaran Umat Islam

Cabaran umat Islam

Written by al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri

www.syeikh-takiri.blogspot.com

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah dengan segala limpahan nikmat yang dikurniakan. Selawat dan salam buat junjungan besar Rasulillah dan juga para Sahabat yang berjuang seterusnya mereka yang mengikuti perjuangan Islam ini hingga ke akhir zaman.

Saudara beriman,

Umat Islam sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran yang menguji keimanan mereka. Pelbagai idealisama yang bercanggah dengan Islam disuntik masuk ke dalam pemikiran mereka sehingga mengancam aqidah pegangan mereka. Antara yang terkini dan hangatnya ialah liberalisma dan pluralisma.

Liberalisma mengajak kearah kebebasan untuk berbicara dan bertindak sehingga melupakan keterikatan mereka dengan peraturan Allah. Pluraslisma menganggap semua agama adalah sama. Semuanya membawa ke syurga! Hasilnya umat islam kehilangan rasa izzah (bangga) dengan Islam yang dianuti. Kemuncaknya umat islam tidak merasa cemburu terhadap mereka yang berhasrat keluar daripada Islam. Berita tentang umat Islam yang murtad lansung tidak membimbangkan hati mereka. Mereka lebih bimbang dengan makan dan minum mereka!

Tanpa sedar kita diperbodohkan oleh media dengan hidangan pelbagai pertandingan dan peraduan sms. Terbaru, bola yang menjadi kegilaan ramai menjadi medan untuk golongan kapitalis mengaut keuntungan dengan peraduan sms. Hakikatnya puluhan ribu manusia termasuk umat Islam sedang ditipu tapi malangnya mereka tidak sedar mereka tertipu dan diperbodoh-bodohkan oleh pengacara-pengacara rancangan yang sememangnya dibayar untuk memperbodohkan manusia-manusia yang bersedia untuk diperbodohkan. Namun mereka bersedia untuk diperbodohkan lantaran kegilaan mereka untuk mendapatkan habuan dunia yang dicanangkan. Inilah yang dikatakan cinta dunia. Inilah penyakit umat akhir zaman.

Baginda pernah menggambarkan kepada para sahabat keadaan umat islam yang di ratah dan diserang dari segenap penjuru. Apabila ditanya oleh sahabat puncanya; adakah ia kerana bilangan umat yang sedikit? Baginda membalas; bukan kerana mereka sedikit, tetapi kerana mereka ditimpa penyakit “wahn”(lemah). Apabila ditanya; apa makna lemah? Baginda menegaskan : “cintakan dunia dan takutkan mati.”

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...