Sabda Nabi: "Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah padanya kebaikan, akan diberi kefahaman dalam agama"

~~

Sunday, March 7, 2010

Tahniah kepada semua graduan mahasiswa Malaysia di IAIN Ar-Raniry


Ucapan tahniah saya lontarkan kepada semua graduan Malaysia yang telah menamatkan sesi pembelajaran di IAIN Ar-Raniry. Rasanya wisuda hari ini begitu membawa makna kepada semua graduan. Mungkin semua gembira teruja melihat suasana yang begitu meriah dengan pelbagai sepanduk, papan yang dihiasi kata-kata yang dibuat seolah-olah menggunakan bunga, jualan-jualan dan lain-lain.

Saya sendiri begitu teruja dan gembira melihat suasana sedemikian rupa. Seolah-olah sudah tidak sabar lagi untuk bergraduan. Moga urusan ke arahnya dipermudahkan oleh Allah.

Semoga sahabat-sahabat yang telah bergelar sarjanawan dapat menabur bakti kepada masyarakat kerana saya yakin masyarakat amat-amat memerlukan kalian semua. Dalam keadaan dan situasi dunia yang semakin mencabar ini, saya yakin sahabat dapat merasakan pelbagai fitnah yang telah berlaku ke atas para pemuda pemudi dan masyarakat di negara kita. Meraka semua ini harus didekati dan diberi tunjuk ajar. Saya yakin mereka semua ingin berubah dan tercari-cari orang yang boleh memberi tunjuk ajar kepada mereka. Orang yang dimaksudkan itu adalah diri kalian semua. Kalian lah orang yang dicari-cari oleh mereka, maka saya mengharapkan kalian semua mampu melakukannya.

Hal ini kerana saya yakin kalian adalah orang yang fakih, orang yang mempunyai ilmu yang tinggi. Oleh itu manfaatkanlah ilmu yang ada pada diri kalian untuk AGAMA, bangsa dan negara.
"berbakti kepada ilmu yang dimiliki, janganlah sesekali mengkhianati kepada ilmu yang dimiliki"

"jadilah manusia yang sangat bermanfaat kepada manusia
kerana sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat bagi manusia"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...