Sabda Nabi: "Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah padanya kebaikan, akan diberi kefahaman dalam agama"

~~

Saturday, February 4, 2012

Puisiku buatmu Sang Murabbi

Assalamu'alaikum WBT..


Alhamdulillah, puji dan syukur pada Allah yang telah mengurniakan nikmat yang besar buat kita terutama nikmat Iman dan Islam. Selawat beriring salam buat sang reformasi, Nabi Muhammad SAW. Sungguh, baginda dan para sahabat dengan bersungguh-sungguh mengerah keringat demi menegakkan Islam dan menyebarkan agama suci ini seantero dunia.

Semenjak saya memulai menulis di dalam ruang blog ini, hari ini merupakan kali pertama saya membuat posting tentang dunia politik. Posting kali ini lebih fokus kepada Presiden Gerakan Islam PAS yaitu Dato' Seri Tuan Guru Haji Adul Hadi Awang. 

Beberapa hari yang lepas, Tuan Guru Presiden telah mengeluarkan suatu tawaran untuk tidak bertanding lagi dalam Pilihan Raya. Ini karena, beliau merasakan sudah terlalu lama berada di dalam ruangan ini. Jadi beliau cuba menawarkan untuk tidak bertanding bagi memberi ruang dan peluang pada generasi baru/pelapis yang punya kredibiliti untuk mengambil dan memenuhi ruang tersebut. Hal ini agar beliau dapat fokus pada menggerakkan agenda parti.


Sungguh mulia akhlak beliau. Beliau seorang yang tidak mementingkan jawatan atau pangkat. Cuba kita imbas kembali, saat desas desus pembicaraan tuduhan liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim beberapa minggu yang lepas yang memungkinkan beliau dimasukan ke penjara semula, ada yang bertanya siapa yang akan menjadi Perdana Menteri seandainya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya. Beliau hanya menjawab, biar orang lain yang ambil jawatan itu sedang, dia ingin pulang ke kampung untuk menjadi nelayan. Sungguh mulia akhlaknya. Inilah akhlak seorang ahli gerakan Islam yang diajar untuk tidak beriya-iya untuk memiliki jawatan. Ahli gerakan tidak diajar untuk mengejar populariti manusia.

Tapi, alhamdulillah, hasil mesyuarat PAS pusat mengeluarkan keputusan untuk tidak membenarkan beliau untuk menarik diri dari bertanding dalam PRU13 nanti. Ini kenyataan yang dikeluarkan di harakahdaily:

"PAS Pusat sebulat suara menolak hasrat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk tidak dicalonkan dalam Pilihan raya Umum ke-13 sama ada di peringkat Dun atau Parlimen dan membuat keputusan bahawa beliau perlu bertanding di PRU13.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat lujnah politik yang diadakan pada 2 Februari di Pejabat Agung PAS.

“Tuan Guru Presiden turut akur dengan keputusan tersebut.

“Dengan pengumuman ini, maka isu penarikan diri beliau tidak berbangkit kerana parti melihat beliau masih diperlukan bagi memimpin parti dan Pakatan Rakyat (PR) dalam menghadapi PRU ke-13,” ujarnya dalam satu kenyataan.

“Kita yakin dengan karisma kepimpinan, wibawa dan kedudukan Tuan Guru Haji Hadi untuk memimpin parti,” jelasnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Justeru itu, dari hasil keputusan ini, saya secara spontan melakarkan sebuah puisi khusus buat beliau...

~~~~~****~~~~~

Sungguh,
khidmatmu, buah pikiranmu serta tenagamu masih diperlukan
demi menggerakkan harakah ini
sosokmu dipercayai seantero dunia
kepimpinanmu membuatku kagum


setiap patah katamu mempunyai sinar ilmu

ucapanmu tidak terlepas dari al-Quran dan hadits Nabi
akhlak dan budi perketimu baik sekali
tercermin dalam setiap gerak langkahmu


dikau qiyadah,

memimpin ummah menuju matlamat mulia

demi menegak Islam yang mulia

walau dalam senang maupun duka
moga jasamu ini dibalas Allah dengan setimpalnya

~~terima kasih Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang~~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...