Sabda Nabi: "Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah padanya kebaikan, akan diberi kefahaman dalam agama"

~~

Saturday, January 21, 2012

Aku Amanah Dari Sang Kholiq

      Tatkala Allah ingin menjadikan manusia di atas muka bumi, disaat itu juga malaikat menyanggah dengan keinginan tersebut kerana memikirkan bahwa manusia ini nantinya akan membawa malapetaka kepada bumi. Malaikat menyatakan bahwa akan terjadi peristiwa pertumbahan darah seandainya wujud manusia atas muka bumi ini. Namun Allah dengan angkuh menyanggah pendapat para malaikat itu dengan firman-Nya:



 ...قال إنّي أعلم ما لا تعلمون....
“Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”.


Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya". (Q.S: Al-Baqarah, 30) 




Allah telah menciptkan manusia di atas muka bumi dengan diberi gelaran "khalifah". Gelaran ini bukan hanya sekadar gelaran, namun gelaran ini mempunyai bebanannya tersendiri. Bebanan ini di yaumul mahsyar nanti pasti akan dituntut dan dipertanggungjawabkan. Pada saat itu, tiada lagi yang mampu untuk memberi pertolongan. Apakah kita mampu menjawab segala pertanyaan yang akan disoal kepada kita dengan tenang? Sedangkan pada saat itu, mulut yang pandai bermadah pujangga ini dikunci ketata oleh Pencipta sekalian makluk!.


Ingat teman, di sana nanti bukan seperti keadaan kita berada di dalam kandang pesalah di Mahkamah, dimana kita boleh menjawab dan mempertahankan diri kita pada pertanyaan yang dikemukakan. Jika kita tidak mampu menjawab, kita ada penguam yang akan membantu untuk menjawab soalan-soalan itu bagi pihak kita. Mungkin juga, di Mahkamah kita mampu bermain kata-kata malah tipu daya dapat kita lakukan dengan baik demi melepaskan diri dari segala kejahatan yang kita lakukan. Namun, apakah di sana nanti, ini semua bakal kita lakukan?? hanya yang mampu adalah amal-amal kebaikan kita sahaja.

Di sana nanti, mulut yang fasih menyususn kata-kata ini akan dikunci. Hanya yang akan berbicara saat itu adalah anggota tubuh kita yang lain. Di situlah kita tidak mampu untuk mempertahankan diri melainkan kita telah berjaya melaksanakan segala perintah-Nya. Amal kita yang akan berbicara dengan Tuhan Pencipta Alam.

Oleh yang demikian, tunaikan amanah dan tanggungjawab kita sebagai makhluk dan hamba-Nya. Laksanakan peranan "khalifah" itu dengan melakukan amal-amal kenaikan dan menjauhi amal-amal keburukan. 

     Firman Allah Ta'ala dalam surah Ali-Imran ayat 133:

وسارعوا إلى مغفرة مّن رّبّكم وجنّة عرضها السّماوات والأرض أعدّت للمتّقين

"Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal Yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga Yang bidangnya seluas Segala langit dan bumi, Yang disediakan bagi orang-orang Yang bertaqwa;"

Firman Allah lagi dalam surah yang sama ayat 110: 

كنتم خير أمة أخرجت لنّاس تأمرون بالمعروف وتنهون عن المنكر وتؤمنون

بالله 
  
"Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)....."


Wallahu'alam, wassalam. 
@ibnuaman
Rukoh, Darussalam, BNA.
*artikel yang baru siap, setelah beberapa lama.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...