Sabda Nabi: "Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah padanya kebaikan, akan diberi kefahaman dalam agama"

~~

Tuesday, October 4, 2011

Semangat ramadhan. Apakah sudah hilang?


1.Teman-teman, menjadi orang yang bertakwa itu amat susah, namun beruntunglah bagi orang  yang bertakwa. Allah telah memberi berita gembira buat mereka. Bagaimana pula dengan kita?? Adakah kita mampu menjadi orang bertakwa? Kita mengaharapkan pada Allah agar kita menjadi orang yang bertakwa. Amiin..

2.Sudah sebulan ramadhan meninggalkan kita. Agak-agak, tarbiyah yang kita dapat dalam madrasah ramdahan tempoh hari dapat tak menjadi bekal untuk kita mengharungi cuti semester yang penuh pancaroba selama sebelas bulan ini sehinggalah kita bertemu kembali ramadhan akan datang? Tepuk dada tanya iman kita masing-masing.


Firman Allah ta’ala “Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan keatas kamu puasa sebagaimana yang telah diwajibkan keatas mereka sebelum kamu, mudah-mudahan kamu beroleh takwa”

3.Dari firman Allah diatas anda boleh menilai sendiri apakah matlamat dan tujuan ramadhan itu. Anda juga boleh menilai apakah anda sudah mencapai matlamat dan tujuan itu. Kalau dulu waktu ramadhan, subhanallah!! Masjid dan surau dipenuhi, zikir sentiasa menghiasi bibir, poket tidak segan-segan mengeluarkan isinya, lidah bijak memainkan peranan (bercakap apa yang perlu sahaja), Al-Quran sentisa dibawa. 

4.Namun setelah ramadhan berlalu, syawal mula mengambil tempatnya, maka segala sesuatu yang pernah kita lakukan tika ramadhan yang lalu hilang begitu sahaja. Masjid dan surau sudah hilang makmumnya, zikir hanya didendang seusai solat, poket sudah mula malu untuk menunjukkan isinya, lidah sudah pandai berkata-kata (tanpa menunggu diperintah, lancar menjalankan tugasnya), Al-quran pula sudah menghiasi dan mengambil tempatnya di rak-rak buku. Apakah ini hasil tarbiyah yang kita perolehi tika ramdhan yang lalu? Anda dan saya, ayuh kita bertanya pada iman kita sendiri.

5.Apakah kita merasakan bahwa Allah itu hanya ada pada bulan ramdhan? Pahala dan ganjaran Allah hanya akan diberi pada waktu ramadhan sahaja? Atau adakah kita hanya berfikir bahwa amal kita hanya dinilai pada bulan itu sahaja? Kalau begitulah tanggapan anda, anda sebenarnya bertuhankan ramadhan. 

6.Marilah kita muhasabah kembali, jangan sampai tarbiyah yang kita dapat ketika waktu ramdhan yang lalu tidak membawa apa-apa pada diri kita. Ayuh kuatkan kembali semangat kita, dan kembalikan semula roh ramadhan yang kita perolehi. Bersama kita mentarbiyah diri dan ditarbiyah. Moga bermanfaat.

“aku berpesan  kerna aku menyanyangi dirimu dan diriku"

@ibnuaman
Seb. Takir, K. Terengganu
3 Oktober  2011
09.18pm

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...