Saya yakin anda menonton cerita ini. “Ketika Cinta Bertasbih” telah menjadi fenomena pada anak muda yang cintakan filem-filem bercorak Islamik dan telah membawa lembaran baru dalam dunia perfileman. Siapa kata cerita berunsurkan Islami tidak mampu pecah panggung, tidak mampu mencatat sejarah? Bukan saja anak-anak muda aktivis dakwah kampus saja yang meminati filem ini, bahkan orang ramai juga meminati filem ini. Bahkan di Kelantan, filem ini ditonton oleh lapisan masyarakat dalam program yang dianjurkan disana.
Saya bukan hendak mengulas atau menagung-agungkan cerita ini. Saya hanya merasakan bahwa ada suatu “roh” yang wujud dalam filem ini. Dunia perfileman di Malaysia seharusnya dapat mewujudkan jalan cerita seperti ini. Penuhi dengan unsur-unsur keIslaman dan secara tidak langsung filem ini seolah-olah sedang memberi tazkirah kepada para penontonnya.

Subhanallah, mereka begitu bersemangat dalam usaha dakwah mereka. Saya cukup berbangga dengan. Saya mendoakan agar usaha mereka ini mendapat redha dari Allah (terlepas dari tujuan mereka untuk mengaut keuntungan dunia). Amiin. Kita sebagai pendakwah juga harus bersemangat seperti mereka. Kita ambil sisi positif dari semangat mereka. Moga kita juga akan terus bersemangat untuk memberi faham kepada manusia sejagat khususnya di Malaysia yang ditimpa dengan pelbagai isu-isu yang boleh menyebabkan cerminan masyrakat kuar menjadi kabur dan membawa fitnah kepada negara kita yang disayangi ini. Tugas kita masih besar dan banyak untuk dilaksanakan dalam usha memartabatkan Islam diatas muka bumi Malaysia.
Biarlah kita juga tergolong di antara mereka yang bersungguh-sungguh untuk memartabatkan Islam. Oleh itu, saya, anda dan mereka mempunyai tugas. Lakukan tugas kita semaksimal mungkin. Allah tidak menilai adakah kita berjaya atau tidak, tapi Allah menilai adakah kita juga turut menyumbangkan sesuatu untuk kearah mendaulatkan Islam. Moga ada manfaatnya. Wallahu'alam.

@ibnuaman
Seb. Takir, K. Terengganu
06 Oktober 2011
08 Zulkaedah 1432H
05.20pm
No comments:
Post a Comment