~~Kaum muda harus tuntaskan perubahan & ciptakan peradaban. Hidup mulia atau mati syahid~~
Monday, October 28, 2013
Amarah. Sabarlah akhi..
Saturday, December 29, 2012
~ ::. Cinta Barakah .:: ~
Salam wbt. Alhamdulillah, mari sama-sama kita merafa'kan puji dan syukur pada Sang Kholiq kerana masing diberi pinjaman nyawa untuk menikmati keindahan hidup didunia ini dan masih memberi ruang untuk kita perbanyakkan amal ibadah untuk menuju alam akhir kelak.Friday, August 3, 2012
Cerita Aku & Anak Didik-ku: Ucaplah.... Alhamdulillah..
Thursday, May 24, 2012
Sambutan Hari Guru 2012 & Bola Piala AFC
| Pentas untuk acara formal |
Tuesday, May 22, 2012
Terima Kasih Ibu, Ayah, Guru-Guru dan Para Murabbi
Guru adalah pendidik. Guru adalah murabbi. Ibu Bapa adalah guru, pendidik dan murabbi
Sunday, February 26, 2012
Mus’ab bin Umar: Pewira Islam
Saturday, February 4, 2012
Puisiku buatmu Sang Murabbi
Alhamdulillah, puji dan syukur pada Allah yang telah mengurniakan nikmat yang besar buat kita terutama nikmat Iman dan Islam. Selawat beriring salam buat sang reformasi, Nabi Muhammad SAW. Sungguh, baginda dan para sahabat dengan bersungguh-sungguh mengerah keringat demi menegakkan Islam dan menyebarkan agama suci ini seantero dunia.
Saturday, January 21, 2012
Aku Amanah Dari Sang Kholiq
Tuesday, November 15, 2011
Dinamika usrah: suatu penjelasan
Thursday, October 6, 2011
Dedikasiku Buatmu Aktivis Dakwah Kampus
"Ketika Cinta Bertasbih", Mereka Bersemangat Untuk Dakwah
Tuesday, October 4, 2011
Semangat ramadhan. Apakah sudah hilang?
Saturday, May 21, 2011
Bukan aku ingin melarikan diri
Thursday, March 24, 2011
Biarlah kita juga tergolong sama
Saturday, June 26, 2010
Kita bersama dalam dakwah ini
Monday, June 21, 2010
Kita gagal dalam urusan waktu
( بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحيمِ )
1-﴿وَ الْعَصْرِ﴾
2-﴿إِنَّ الْإِنْسانَ لَفي خُسْرٍ﴾
3-﴿إِلاَّ الَّذينَ آمَنُوا وَ عَمِلُوا الصَّالِحاتِ وَ تَواصَوْا بِالْحَقِّ وَ تَواصَوْا بِالصَّبْرِ﴾
Sebagai seorang pelajar, kita mempunyai bebanan tugas yang diberikan oleh pensyarah. Assignment, midterm, final, pembentangan, diskusi, research dan sebagainya. Hal-hal ini sudah pasti akan meyibukkan kita. Seorang anak kita pasti sibuk untuk melakukan segala hal demi untuk memberi kebahgian kepada orang tua kita. Sebagai seorang da'i kita pasti akan sibuk dengan pelbagai hal yang melibatkan dakwah dari hal-hal yang kecil hinggalah kepada hal yang besar dalam proses meningkatkan lagi tarbiyah diri dan tsaqafah kita.
Tanggungjawab-tanggungjawab ini sudah pasti akan menyibukkan kita semua. Oleh itu seharusnya kita dapat menyeimbangkan tanggungjawab itu dengan seadilnya. Hasan al-Banna pernah menyatakan bahwa kita ini dalam hal kewajiban dan waktu "kewajiban (tanggungjawab) lebih banyak dari waktu".
Moga Allah memberikan kita kefaqihan dalam hal menguruskan waktu agar kita para jundullah dapat melakukan yang terbaik untuk ummah. Amiin~~~~~
Saturday, May 8, 2010
Melawan fitnah korupsi/rasuah
Alhamdulillah, saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah yang telah memberikan kepada saya nikmat kesihatan dan masa lapang untuk saya meneruskan tanggungjawab saya sebagai hamba-Nya menerusi alam maya ini. Semoga perkongsian ini membawa manfaat dan membawa satu perubahan yang baik dalam diri kita dalam rangka menjadi hambanya yang bertakwa.
Rasuah ataupun korupsi merupakan salah satu fitnah yang besar menimpa umat Islam saat ini. Di pejabat-pejabat Negara maupun di pejabat persendirian berlakunya rasuah malahan ianya seakan-akan sudah sebati dalam kehidupan. Dari orang atasan hinggalah kepada orang bawahan semuanya terlibat dengan rasuah. Rasuah ini adalah merupakan perbuatan yang buruk dan tergolong dalam dosa kerana perbuatan rasuah ini telah menindas golongan-golongan yang lain dan mengambil hak orang lain.
Rasuah ini sayugianya dijauhi oleh umat Islam agar semua manusia dapat menikmat hak yang sama. Bukanlah perkara yang susah untuk kita menjauhi perbuatan rasuah. Ianya merupakan kehendak kita antara hendak menjauhinya ataupun tidak. Jika kita ingin menjauhinya amak kita mampu untuk menjauhinya. Jika diteliti balik, bermulanya perbuatan rasuah adalah melalui diri kita sendiri, maka pengakhiran rasuah itu juga datangnya dari diri kita sendiri. Jika kita mempunyai nafsu dan matlamat yang kuat untuk menjauhinya, Insya Allah kita akan dapat menjauhinya. Allah akan memudahkan jalan bagi hamba-Nya yang ingin bertaubat.
Khatib jumaat menjelaskan kepada jemaah yang hadir bahwa jalan untuk meninggalkan amalan rasuah ini amatlah mudah. Khatib jumaat menjelaskan beberapa jalan yang perlu diambil kira dalam proses kita untuk menjauhi amalan rasuah ini.
Yang pertama adalah menerusi iman dan takwa kita. Iman dan takwa merupakan asas hidup kita. Jika kita beriman dan bertakwa kepada Allah dengan sebenar-benar keimanan maka pasti kita mampu untuk menjauhi amalan rasuah tersebut. Hal ini kerana iman dan takwa inilah merupakan benteng untuk kita melakukan perbuatan yang buruk. Seandainya benteng ini hancur maka kemaksiatan akan mudah memasuki dalam diri kita dan menguasai segala perbuatan kita. Tingkatkan iman dan ketakwaan kita. Dengan keimanan ini kita dapat menjauhi amalan rasuah kerana kita yakin Allah melihat segala perbuatan yang kita lakukan dan pasti ianya akan dicatit oleh malaikat mungkar dan nakir. Dalam hal ini imanlah yang menjadi fungsinya.
Jalan kedua pula adalah menerusi ahli keluarganya. Keluarga adalah orang yang harus berperan dalam rangka menjauhi amalan korupsi yang dilakukan oleh suami. Ahli keluarga haruslah bersederhana dalam berbelanja. Nafsu untuk bermewah harus dikurangi dan dijauhi. Nafsu untuk bermewah inilah punca suami atau ayah melakukan amalan rasuah. Kerana desakan keluarga meminta segala sesuatu yang melebihi batas kemampuan untuk dibeli telah mendorong golongan suami atau ketua keluarga ini menggunakan jalan serong ini untuk memenuhi kehendak mereka yang berada dibawah tanggunggannya.
Jalan ketiga menerusi ukhwah sesama muslim (mencari kawan yang baik). Kawan yang baik akan mendorong seseorang melakukan perkara baik. Sebagaiman seseorang berkawan dengan penjual minyak wangi, maka dia akan terkena bau wangian itu. Jika dia berkawan dengan pembuat besi maka dia akan terkena percikan api dari ketukan besi tersebut. Jika kita memilih untuk berukhwah dengan yang baik, pasti orang yang baik itu akan menunjukkan kita jalan mana yang harus kita lalui. Begitu juga dalam hal rasuah ini, golongan ini akan menyedarkan kita akan hakikat dosanya perbuatan rasuah tersebut.
Guna ketiga jalan ini nescaya kita mampu untuk menjauhi diri dari fitnah rasuah. Jika kita berusaha untuk menuju kearah kebaikan insya Allah, Dia akan memudahkan jalan untuk kita.
Wednesday, April 28, 2010
Boleh sekiranya anda ingin lakukan maksiat...

Andai ditanya boleh ke buat maksiat (melakukan apa yang dilarang oleh Allah)?
Lantas inilah jawapanku :-
“Buat maksiat?? Boleh je, no problem punye…
Anda boleh buat maksiat.
Anda boleh untuk bercouple.
Anda boleh berdua-duaan.
Anda boleh untuk melanggar semua perintah dan larangan Allah.
Tapi dengan syarat…….
1.) Jika sekiranya anda mampu ntuk mencari dan membuat udara sendiri untuk hidup
2.) Jika sekiranya anda mampu untuk mencari dan membuat air sendiri untuk hidup.
3.) Jika sekiranya anda mampu untuk mencari dan mencipta dunia yang lain untuk hidup.
Jika syarat-syarat ini mampu anda lakukan maka silalah untuk lakukan maksiat.”
Wednesday, March 24, 2010
Cabaran Umat Islam
| Cabaran umat Islam |
| Written by al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri |
| www.syeikh-takiri.blogspot.com |
| Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah dengan segala limpahan nikmat yang dikurniakan. Selawat dan salam buat junjungan besar Rasulillah dan juga para Sahabat yang berjuang seterusnya mereka yang mengikuti perjuangan Islam ini hingga ke akhir zaman. Saudara beriman, Umat Islam sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran yang menguji keimanan mereka. Pelbagai idealisama yang bercanggah dengan Islam disuntik masuk ke dalam pemikiran mereka sehingga mengancam aqidah pegangan mereka. Antara yang terkini dan hangatnya ialah liberalisma dan pluralisma. Liberalisma mengajak kearah kebebasan untuk berbicara dan bertindak sehingga melupakan keterikatan mereka dengan peraturan Allah. Pluraslisma menganggap semua agama adalah sama. Semuanya membawa ke syurga! Hasilnya umat islam kehilangan rasa izzah (bangga) dengan Islam yang dianuti. Kemuncaknya umat islam tidak merasa cemburu terhadap mereka yang berhasrat keluar daripada Islam. Berita tentang umat Islam yang murtad lansung tidak membimbangkan hati mereka. Mereka lebih bimbang dengan makan dan minum mereka! Tanpa sedar kita diperbodohkan oleh media dengan hidangan pelbagai pertandingan dan peraduan sms. Terbaru, bola yang menjadi kegilaan ramai menjadi Baginda pernah menggambarkan kepada para sahabat keadaan umat islam yang di ratah dan diserang dari segenap penjuru. Apabila ditanya oleh sahabat puncanya; adakah ia kerana bilangan umat yang sedikit? Baginda membalas; bukan kerana mereka sedikit, tetapi kerana mereka ditimpa penyakit “wahn”(lemah). Apabila ditanya; apa makna lemah? Baginda menegaskan : “cintakan dunia dan takutkan mati.” |
Sunday, March 7, 2010
Tahniah kepada semua graduan mahasiswa Malaysia di IAIN Ar-Raniry
Saya sendiri begitu teruja dan gembira melihat suasana sedemikian rupa. Seolah-olah sudah tidak sabar lagi untuk bergraduan. Moga urusan ke arahnya dipermudahkan oleh Allah.
Semoga sahabat-sahabat yang telah bergelar sarjanawan dapat menabur bakti kepada masyarakat kerana saya yakin masyarakat amat-amat memerlukan kalian semua. Dalam keadaan dan situasi dunia yang semakin mencabar ini, saya yakin sahabat dapat merasakan pelbagai fitnah yang telah berlaku ke atas para pemuda pemudi dan masyarakat di negara kita. Meraka semua ini harus didekati dan diberi tunjuk ajar. Saya yakin mereka semua ingin berubah dan tercari-cari orang yang boleh memberi tunjuk ajar kepada mereka. Orang yang dimaksudkan itu adalah diri kalian semua. Kalian lah orang yang dicari-cari oleh mereka, maka saya mengharapkan kalian semua mampu melakukannya.
Hal ini kerana saya yakin kalian adalah orang yang fakih, orang yang mempunyai ilmu yang tinggi. Oleh itu manfaatkanlah ilmu yang ada pada diri kalian untuk AGAMA, bangsa dan negara.
"jadilah manusia yang sangat bermanfaat kepada manusia
kerana sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat bagi manusia"






