Sabda Nabi: "Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah padanya kebaikan, akan diberi kefahaman dalam agama"

~~

Monday, October 28, 2013

Amarah. Sabarlah akhi..

Amarah.

Suatu sifat yang ada pada diri setiap manusia. Kadang, amarah ini akan menjadi baik bila digunakan pada masa dan waktu yang betul. Kita mempertahankan prinsip Islam. Kita marah apabila Islam (agama yang suci) ini dihina, dicaci, dimaki. Ini sifat yang baik. Islam, agama yang tinggi (mulia), dan tiada agama yang tinggi (mulia) daripadnya (Islam). Kadang, sifat amarah ini menjadi buruk apabila digunakan tidak kena pada tempatnya. Sebagai contoh, apabila amarah ini merenggangkan hubungan sesama muslim. Manusia jauh dengan kita lantaran benci dengan sikap yang ada ini. Sedang kita maklumi, dalam al-Quran jelas menyebut "sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara".




Nabi Muhammad Shollahu'alaihiwasallam pernah bersabda "Jangan marah, jangan marah, jangan marah, bagimu syurga". Namun berapa ramai manusia yang dapat memahami dan menghayati sabdaan ini? Tidak ramai yang mampu menghayati sabdaan Nabi yang mulia ini. Ramai yang tahu dan menghafal sabdaan ini, namun, dalam praktikalnya, apabila berhadapan dengan situasi ini, ramai dikalangan kita gagal. Ya, kita gagal!!

Kita tahu, apabila datangnya amarah, ada beberapa langkah yang perlu dilakukan untuk meredakan sifat amarah ini, (seperti: ambil wuduk, jika dalam keadaan berdiri harus duduk, jika duduk harus baring) namun kita gagal untuk bertindak meredakannya apabila berhadapan dengan situasi demikian.

Apa penyebabnya kita tidak mampu menahan diri dari sifat amarah? Saya berpikiran, mungkin kerana rosaknya hati kita ini. Hati yang hitam. Hati yang penuh dengan dosa dan noda menjadi penghalang untuk kita menghayati dan memahami sabdaan Nabi "Jangan Marah, Bagimu Syurga"! Benar. Hati yang kotor akan menjadi penghalang untuk kita. Hati yang kotor ibarat dinding (tembok) yang tinggi yang menghalang penglihatan kita untuk melihat ada apa disebalik dinding (tembok) tersebut. 

Hati yang kotor, menyebabkan Iman kita semakin tipis. Iman yang tipis tidak mampu lagi untuk membezakan yang hak maupun yang bathil, yang baik maupun yang buruk. Iman yang lemah ibarat seperti seseorang yang berada dilautan dalam. Kelemasan dan terkapai-kapai mengapai sesuatu untuk menyelamatkan dirinya.

Patutkah sikap amarah ini perlu diurus dengan baik? Agar ianya memainkan peranannya dengan baik, marah bertempat??

Ya. Perlu. Agar kita tidak menyakiti manusia. 

Jika kita ada sifat amarah ini, ayuh kita sama-sama perbaikinya.Jangan ditangguh-tangguh jika kita sayang pada orang yang berada disekeliling kita terutama mereka yang mencintai kita. Kita perbaiki perlahan-lahan agar ianya nanti menjadi darah daging kita. Bila sudah menjadi darah daging, tersemat dalam diri, Insya Allah kita mampu mengawalnya dengan baik. 

Namun, jangan dilupa, berdoalah pada Allah selalu agar dilembutkan hati kita ini. Sesungguhnya, Allah Maha hebat dalam berbuat sesuatu.

"Ya Allah, lembutkan hati kami, jauhi diri kami dari bersikap amarah, jauhi kami dari sifat-sifat mazmumah dan kayakan kami dengan sifat-sifat mahmudah. Amiin ya Rabbal 'Alamiin.."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...