Sabda Nabi: "Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah padanya kebaikan, akan diberi kefahaman dalam agama"

~~

Thursday, May 24, 2012

Sambutan Hari Guru 2012 & Bola Piala AFC


Pentas untuk acara formal
Bismillahirrahmanirrahim. Hari ini (semalam), saya merasa puas.

Dua perkara menjadikan hati saya puas dan tenang. Syukur pada Allah jua yang telah memberi nikmat merasa puas. Dalam keadaan ape pun, merasa syukur wajib dilafazkan oleh kita sebagai tanda kita hamba-Nya yang tidak pernah lupa dengan setiap nikmat pemberiannya.

Cerita di sebalik sambutan hari guru

Alhamdulillah, walaupun ditunda selama seminggu dari tarikh asal, namun panitia pelaksana masih komited untuk menjadikan majlis sambutan hari guru peringkat Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha (MTDF), Institut Pintar Tahfiz (IPTAF) dan Sekolah Rendah Islam Pintar Tahfiz (SRIPT) sebagai suatu yang nyata. Tarikh 23/5/2012 telah dilaksana majlis sambutan hari guru ini. Seronok tidak terhingga kerana kali ini buat kali ke dua menyambut hari guru sebagai seorang guru. 

Pihak jawatankuasa pelaksana merangka dua slot untuk sambutan hari guru. Satu pada sesi pagi, satu lagi sesi petang. Pagi dengan acara sukaneka, manakala petang acara formal yang melibatkan pentas, persembahn dan pembahagian hadiah buat pemenang. Keduanya dapat berlansung dengan baik (bi iznillah). Walaupun hati sedikit gusar sehari sebelumnya sebab cuaca hujan terjadi. Hati berdoa agar majlis berlangsung dengan baik, alhmdulillah, dengan izin Allah cuaca tidak hujan, dan hujan terjadi setelah semua acara selesai (tu pun hujan renyai-renyai je).


3 Guru membawa misi JUARA!!
Acara sukaneka seperti biase, ade game-game yang menguji IQ dan semangat kerjasama serta mengeratkan lagi ukhwah dan hubungan guru dan pelajar. Saya diamanahkan bersam dua orang lagi guru lelaki untuk bersama dengan kumpulan OREN. Walaupun anggotanya kecil-kecil tapi semangat diorang sungguh luar biasa. Walaupun dapat tempat ke 5 dari 6 kumpulan, saya bersyukur kerana masing-masing anggota kumpulan beri kerjasama yang sungguh luar biasa.

Acara formal juga seperti biasa, ada ucapan perasmian, persembahan dan pengakhirannya penyampaian hadiah. Yang menariknya kali ini hamper kesemua pelajar (MTDF< IPTAF< SRIPT) terlibat dengan acara persembahan. Tambah menarik lagi, abang saya turut membuat persembahan. Semua orang tak percaya sebab abang saya ni garang sikit orangnya. Dia merupakan ketua warden asrama dan Penolong Hal Ehwal Murid yang menjaga disiplin pelajar. Kebanyakkan pelajar gerund an takut dengan dia. Saya sendiri pun, kalau lihat dia marah, kecut perut jugak.. kikiki. Terakhir untuk program rasmi ni, ade potong-potong kek pulak. Dengar cerita, ada mak pelajar sponsor tiga kek yang ditulis perkataan diatasnya dan satu lagi kek buatan guru perempuan sendiri. Jadi kire empat kek lah. Sebenarnya saya terharu dengan keprihatinan ibu bapa pelajar di sini. Sering mereka menyumbang jika tau pihak sekolah ada buat program. Mereka sungguh oseme.

Satu bende yang penting jika ada sambutan hari guru adalah hadiah yang diberikan pelajar kepada gurunya. Hadiah yang saya dapat sungguh mantap. Mereka ni seolah dah tau saya ni jenis macam mana. Mereka hadiah saya buku tentang motivasi bagi seorang pendakwah. Teringat dulu, waktu saya belajar di Kolej Uniti. Waktu konvokesyen, saya diberi Anugerah Presiden (ni anugerah paling tertinggi bagi graduan & kene bercakap mewakili para graduan). Saya juga dihadiahkan buku tentang motivasi oleh Puan Aida (Penolong Hal Ehwal Pelajar, Kolej UNITI).

Dah tamat cerita tentang majlis sambutan hari guru. Sekarang saya sambung dengan cerita pasal bola.

Malam ini (23/5/2012) pukul 9.20 di TV1 siaran bola Terengganu FC vs Kelantan FC (TRW) dalam pusingan piala AFC. Perlawanan ni perlawanan kalah mati yang menentukan siapa yang layak ke peringkat suku akhir untuk merebut gelaran juara Piala AFC. Walaupun Terengganu FC kalah 2-3, namun saya tetap gembira. Sebab, saya lihat permainan malam ni kemah keming (loghat Terengganu). Walaupun padang penuh dengan air akibat hujan, namun mereka belajar bermain dengan baik.

Untuk pengetahuan, Terengganu FC pasukan yang hamper dilanda malang. Sering kalah bila berlawan. Prestasi mereka merundum sejak sebulan yang lepas. Mereka gagal untuk ke akhir Piala FA dan kalah teruk dengan Selangor FC (5-0). Kekalahan demi kekalahan yang terjadi menjadi akibat buruk bagi ketua juru latih Mat Zan Mat Aris. Dimana, dia diberhentikan dari menjadi ketua juru latih untuk Terengganu FC. Saya sebenarnya turut bersimpati kepada dia, tapi apakan daya, pihak pengurusan telah membuat keputusan. Mungkin ini yang terbaik untuk mengembalikan prestasi cemerlang Terengganu FC.

Jadinya, Mat Zan telah diganti dengan ketua juru latih baru. Nama dia Peter dotdotdot (kurang hafal nama lengkapnya). Mungkin ketua jurulatih baru ini mampu mengembalikan prestasi cemerlang Terengganu FC (siapa taukan?). Apa pun, kita lihatlah nanti bagaimana, yang penting, malam ni saya rasa puas.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...