Sabda Nabi: "Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah padanya kebaikan, akan diberi kefahaman dalam agama"

~~

Monday, October 28, 2013

Amarah. Sabarlah akhi..

Amarah.

Suatu sifat yang ada pada diri setiap manusia. Kadang, amarah ini akan menjadi baik bila digunakan pada masa dan waktu yang betul. Kita mempertahankan prinsip Islam. Kita marah apabila Islam (agama yang suci) ini dihina, dicaci, dimaki. Ini sifat yang baik. Islam, agama yang tinggi (mulia), dan tiada agama yang tinggi (mulia) daripadnya (Islam). Kadang, sifat amarah ini menjadi buruk apabila digunakan tidak kena pada tempatnya. Sebagai contoh, apabila amarah ini merenggangkan hubungan sesama muslim. Manusia jauh dengan kita lantaran benci dengan sikap yang ada ini. Sedang kita maklumi, dalam al-Quran jelas menyebut "sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara".

Saturday, March 23, 2013

PRU 13, kapan bisa hadir?


Bismillahirrahmanirrahim.

Menunggu tarikh keramat untuk parlimen dibubarkan seperti menunggu kucing bertanduk.

Penat, letih, serabut.

Setiap manusia ada perancangan hidup mereka tersendiri. Mengapa disulitkan sesuatu yang tiada sulit. Tempoh yang sudah hampir tamat, kenapa masih belum dibubarkan? 5 tahun sudah berlalu. 2008-2013.

Negara perlukan pemimpin yang baru. Pemimpin yang berkaliber, yang mampu memandu ummah dan mentadbir negara. 

Dua ciri penting bagi seorang pemimpin, qawiyy dan amiin. Mereka mampu membawa kesejahteraan kepada rakyat dan kemakmuran pada negara.

Saturday, December 29, 2012

Solat Dhuha, saya ada cerita untuk anda.

       Setiap pagi hari persekolahan, Sekolah Rendah Islam Pintar Tahfiz Fuqaha (SRIPT Fuqaha), Bangi menjadikan runtinan bagi setiap pelajar untuk melaksanakan solat sunat dhuha. Ia dilakukan untuk mengembalikan energi tubuh dan mensyukuri akan nikmat Allah.

    Waktu dhuha diajarkan kepada kita umat Islam untuk melakukan solat sunat dhuha. Dikatakan solat dhuha mampu untuk memberikan kemudahan rezeki untuk kita dengan izin Allah Ta'ala.

    Saya ada cerita baik untuk dikongsi tentang solat dhuha. Bukan cerita tentang saya, tapi cerita kisah seorang sahabat saya. Ketika saya masih belajar di Aceh, saya ada seorang teman. Kami satu batch dan sekelas pengajian. Dia lepasan Diploma Syariah di KIAS, Nilam Puri, Kelantan dan saya lepasan Diploma Syariah di Kolej UNITI Port Dickson, N.9. Takdir Allah kami berjumpa disana, dibumi serambi mekah, Aceh, Indonesia.

~ ::. Cinta Barakah .:: ~


          Salam wbt. Alhamdulillah, mari sama-sama kita merafa'kan puji dan syukur pada Sang Kholiq kerana masing diberi pinjaman nyawa untuk menikmati keindahan hidup didunia ini dan masih memberi ruang untuk kita perbanyakkan amal ibadah untuk menuju alam akhir kelak.

          Cuti persekolahan merupakan waktu yang paling digemari oleh anak muda untuk menamatkan zaman bujangnya. Kalau dulu hidup berseorangan, kini mencari teman untuk menemaninya. Tidak kurang dengan kawan-kawan saya. Cuti persekolahan kali ini digunakan untuk menamatkan zaman bujang masing-masing. Dalam batch kami, boleh kire dengan jari berapa lagi yang masih bujang. Tak sampai 5 orang dari jumlah asal 13orang.

          Dalam banyak-banyak majlis perkahwinan, saya hanya mampu untuk hadir walimah salah seorang sahaja dari mereka. Bukan sebab tidak mau hadir, tapi kekangan masa yang tidak memungkinkan saya untuk hadir. Kebanyakkan hari walimah mereka, bertembung dengan aktiviti luar saya. Tambahan pula saya cuti berkerja hanya bermula pada 17 Dis 2012 -7 Jan 2013. Memang rugi, sebab inilah peluang terbaik untuk kami kembali berhimpun dan berjumpa setelah tamat belajar. Namun, suratan takdir mendahului segala-galanya.

Friday, August 3, 2012

Cerita Aku & Anak Didik-ku: Ucaplah.... Alhamdulillah..


Hari ini sempat menyantuni anak-anak murid.

Gembira melihat telatah dan celoteh mereka. Walaupun kadang-kadang ada rasa geram, namun geram saya bukan geram untuk membenci, tapi geram saya geram untuk menyanyangi. Sungguh, mereka kanak-kanak yang dalam proses untuk kita bina dengan baik. Mereka merupakan aset untuk Islam. Mereka juga aset untuk negara ini. Jadi mereka perlu didik. Tugas guru bukan saja mengajar, tapi tugas guru juga adalah mendidik. Mendidik dengan maksud, siap membetulkan mereka apabila mereka berbuat salah walau di mana saja mereka berada, bukan menegur dan membetulkan mereka di dalam kelas sahaja. Apabila diluar, 'lu lu, gua gua'

Di sekolah tempat saya mengajar, yaitu Sekolah Rendah Islam Pintar Tahfiz Fuqaha (SRIPT Fuqaha), Bangi, pihak sekolah menjadikan runtinan bagi setiap pelajar untuk melaksanakan solat sunat dhuha. Ia dilakukan untuk mengembalikan energi tubuh dan mensyukuri akan nikmat Allah. Waktu dhuha diajarkan kepada kita umat Islam untuk solat sunat dhuha. Dikatakan solat dhuha mampu untuk memberikan kemudahan rezeki untuk kita dengan izin Allah Ta'ala. Moga dengan solat ini Allah berikan rahmatnya kepada anak-anak ini agar mereka dapat belajar dengan baik dan mudah untuk memahami setiap pelajaran yang diajarkan kepada mereka.

Thursday, May 24, 2012

Sambutan Hari Guru 2012 & Bola Piala AFC


Pentas untuk acara formal
Bismillahirrahmanirrahim. Hari ini (semalam), saya merasa puas.

Dua perkara menjadikan hati saya puas dan tenang. Syukur pada Allah jua yang telah memberi nikmat merasa puas. Dalam keadaan ape pun, merasa syukur wajib dilafazkan oleh kita sebagai tanda kita hamba-Nya yang tidak pernah lupa dengan setiap nikmat pemberiannya.

Cerita di sebalik sambutan hari guru

Alhamdulillah, walaupun ditunda selama seminggu dari tarikh asal, namun panitia pelaksana masih komited untuk menjadikan majlis sambutan hari guru peringkat Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha (MTDF), Institut Pintar Tahfiz (IPTAF) dan Sekolah Rendah Islam Pintar Tahfiz (SRIPT) sebagai suatu yang nyata. Tarikh 23/5/2012 telah dilaksana majlis sambutan hari guru ini. Seronok tidak terhingga kerana kali ini buat kali ke dua menyambut hari guru sebagai seorang guru. 

Tuesday, May 22, 2012

Terima Kasih Ibu, Ayah, Guru-Guru dan Para Murabbi


Guru adalah pendidik. Guru adalah murabbi. Ibu Bapa adalah guru, pendidik dan murabbi


Tanpa seorang guru, tidak lahir insan yang berilmu. Nabi Muhammad berguru dengan Jibrail. Diajar membaca dan menghafal surah Iqra' ayat 1-5. Para sahabat Nabi berguru dengan Nabi tentang ajaran Islam. 

Tarbiyah Allah kepada Nabi menjadi baginda seorang manusia yang hebat. Tarbiyah Nabi pada sahabat membentuk jiwa dan keperibadian yang berakhlak pada diri mereka. Hasilnya, mereka mempunyai jiwa yang kental, menjadi benteng dan penggerak untuk kepada kejayaan Islam lalu membina dan membangun tamadun Islam yang hebat. Dari merekalah (Nabi dan para sahabat) Islam sampai kepada kita dan kita dimuliakan dengan Islam.

Sunday, February 26, 2012

Mus’ab bin Umar: Pewira Islam

Bismillah ar-rahman ar-rahim. Puji dan syukur pada Allah Taala atas segala kenikmatan yang telah dilimpahkan kepada kita semua especially nikmat iman dan Islam. Kepada Nabi junjungan alam, Muhammad bin Abdullah, sama-sama kita panjatkan selawat dan salam ke atas baginda Nabi. Dialah sosok yang telah mengerah segala keringat untuk menyampaikan dakwah dan menegakkan kalimah syahadah di atas muka bumi ini.

Disaat matahari mula terbenam, dan azan maghrib menanti untuk dikumandangkan memanggil sang hamba untuk mengadap dan menyembah Sang Kholiq, di saat itu juga hujan turun sebagai rahmat buat manusia sekalian alam. Menyuburkan tanah yang kontang, memberi kehidupan pada yang memerlukan. Di sela waktu ini, mindaku cuba berkarya untuk mengasah pena yang sudah lama tidak gunakan.

Saturday, February 4, 2012

Puisiku buatmu Sang Murabbi

Assalamu'alaikum WBT..


Alhamdulillah, puji dan syukur pada Allah yang telah mengurniakan nikmat yang besar buat kita terutama nikmat Iman dan Islam. Selawat beriring salam buat sang reformasi, Nabi Muhammad SAW. Sungguh, baginda dan para sahabat dengan bersungguh-sungguh mengerah keringat demi menegakkan Islam dan menyebarkan agama suci ini seantero dunia.

Semenjak saya memulai menulis di dalam ruang blog ini, hari ini merupakan kali pertama saya membuat posting tentang dunia politik. Posting kali ini lebih fokus kepada Presiden Gerakan Islam PAS yaitu Dato' Seri Tuan Guru Haji Adul Hadi Awang. 

Saturday, January 21, 2012

Aku Amanah Dari Sang Kholiq

      Tatkala Allah ingin menjadikan manusia di atas muka bumi, disaat itu juga malaikat menyanggah dengan keinginan tersebut kerana memikirkan bahwa manusia ini nantinya akan membawa malapetaka kepada bumi. Malaikat menyatakan bahwa akan terjadi peristiwa pertumbahan darah seandainya wujud manusia atas muka bumi ini. Namun Allah dengan angkuh menyanggah pendapat para malaikat itu dengan firman-Nya:



 ...قال إنّي أعلم ما لا تعلمون....
“Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”.


Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya". (Q.S: Al-Baqarah, 30) 


Tuesday, November 15, 2011

Dinamika usrah: suatu penjelasan



Dialog 1:-

Ahmad: “Malam ni usrah, ko pegi tak?
Din: “Ah, malaslah aku nak pi. Bukan ada apa pun, bazir mase je. Baik aku studi”
Ahmad: “eleh, poyo je, ko study ker atau ngadap laptop, main fb? Zaman IT katekan..”
Din: “lebih baik main fb, syok ckit…”
Ariff: “Tak payah pegi usrah der, aku dulu pun bukan pi usrah, mula-mula je pi, tunjuk muka, pahtu takde makna dah, tak nampak lah muka aku.. persatuan bukan boleh buat apa-apa pun..”
Ahmad: “ni sorang lagi, ko riff, klu tak suka pi usrah, jangan duk hasut-hasut orang lain.. ko sepatutnya bagi semangat kat kawan ko ni.. biar kita bertambah ilmu ckit, nanti nak berjuang dan berdepan ngan orang kampong senang.. klu diorang nak tanya hokum agama nanti, takde diorang tanya ko tu bljar usuluddin ke atau syaraiah??...”
Ariff: “ah ko, apa-apa je lah.. baik aku blah dulu, isi perut lagi best..”
Din: “ye lah mad, aku ikut ko pi usrah malam ni…”
Ahmad: “haa.. canteeek… tulah baru member beb..”

Dialog 2:-

Thursday, October 6, 2011

Dedikasiku Buatmu Aktivis Dakwah Kampus



Wahai anak-anak dakwah kampus,
Antum harus tetap bersemangat,
Sedangkan produksi filem (Filem-filem Islami) pun bersemangat untuk berdakwah,
Masakan kita aktivis yang telah diberi pencerahan dan tarbiyah,
Luntur tidak bermaya,
Jangan mudah mengalah sebelum berjuang,
Ayuh kita ambil sisi positifnya dari usaha mereka (produksi filem Islamik),
Sebagai bekal untuk kita tetap bersemangat,
Saya yakin, antum bisa, kita bisa,
Pintu dakwah sudah terbuka,
Tanah subur sudah dicari,
Tinggal kita saja untuk membajaknya dengan benih yang bagus,
Agar hasilnya nanti bermanfaat untuk dakwah ke depan.

aku berpesan kerna aku menyanyangi dirimu dan diriku
memberi untuk mengcungkil rasa ingin tahu, ingin tahu mencetus rasa ingin faham

"Ketika Cinta Bertasbih", Mereka Bersemangat Untuk Dakwah


Saya yakin anda menonton cerita ini. “Ketika Cinta Bertasbih” telah menjadi fenomena pada anak muda yang cintakan filem-filem bercorak Islamik dan telah membawa lembaran baru dalam dunia perfileman. Siapa kata cerita berunsurkan Islami tidak mampu pecah panggung, tidak mampu mencatat sejarah? Bukan saja anak-anak muda aktivis dakwah kampus saja yang meminati filem ini, bahkan orang ramai juga meminati filem ini. Bahkan di Kelantan, filem ini ditonton oleh lapisan masyarakat dalam program yang dianjurkan disana.

Saya bukan hendak mengulas atau menagung-agungkan cerita ini. Saya hanya merasakan bahwa ada suatu “roh” yang wujud dalam filem ini. Dunia perfileman di Malaysia seharusnya dapat mewujudkan jalan cerita seperti ini. Penuhi dengan unsur-unsur keIslaman dan secara tidak langsung filem ini seolah-olah sedang memberi tazkirah kepada para penontonnya. 

Tuesday, October 4, 2011

Semangat ramadhan. Apakah sudah hilang?


1.Teman-teman, menjadi orang yang bertakwa itu amat susah, namun beruntunglah bagi orang  yang bertakwa. Allah telah memberi berita gembira buat mereka. Bagaimana pula dengan kita?? Adakah kita mampu menjadi orang bertakwa? Kita mengaharapkan pada Allah agar kita menjadi orang yang bertakwa. Amiin..

2.Sudah sebulan ramadhan meninggalkan kita. Agak-agak, tarbiyah yang kita dapat dalam madrasah ramdahan tempoh hari dapat tak menjadi bekal untuk kita mengharungi cuti semester yang penuh pancaroba selama sebelas bulan ini sehinggalah kita bertemu kembali ramadhan akan datang? Tepuk dada tanya iman kita masing-masing.

Wednesday, July 20, 2011

Melihat Dakwah Seperti Bunga Yang Mekar Berkembang


Keinginanku melihat dakwah itu tetap mekar berkembang. Ibarat sejambak bunga yang sentiasa mekar ditaman indah. Senantiasa menyebarkan haruman wangian bunganya. Manakala sang lebah berpusu-pusu mendekatinya.
~~~~~~ ## ~~~~~~
“Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kalian yang murtad dari agamanya, Maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah Lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui”. (QS. Al Maidah: 54).
1    1. Aku tahu rantai perjuangan ini tidak akan putus kerna bukan aku yang memulainya dan bukan aku jugak yang akan mengakhirinya. Rantai perjuangan ini pasti akan sentiasa bersambung. Pasti aka nada segolongan ummat yang akan meneruskan rantaian perjuangan ini.

2.      2. Namun aku cuma ingin peringatkan kepada generasi penerus bahwa mencetak generasi ghuraba’ itu perlu kerana generasi inilah yang akan meneruskan perjuangan suci ini tatkala ianya dilihat asing oleh orang yang berdekatan dengannya.


Saturday, May 21, 2011

Bukan aku ingin melarikan diri



Teman,
Aku bukan melarikan diri dari amanah,
Bukan aku sengaja untuk membebankan dirimu untuk memikul  amanah itu,
Ku sedar,
Memang amanah itu adalah tanggungjawab kita bersama,
Namun teman,
Aku terpaksa membebankan engkau dengan amanah itu,
Bukan aku sengaja teman,
Bahkan bukan niat hati untuk berbuat demikian,
Tapi,

Thursday, March 24, 2011

Biarlah kita juga tergolong sama


 Blog usang yang ditinggalkan
1.       Terlalu lama teratak usang ini dibiarkan tanpa diberi sinaran baru. Kini tuan empunya teratak usang ini datang kembali, ingin melihat teratak yang ditinggalkan, bimbang dihinggap oleh anai-anai. Cuba untuk memberi sinaran, diwarnai dan dihiasi dengan benih-benih bunga dan lampu-lampu yang bergemerlapan agar ianya dapat menyinari orang-orang yang melalui jalan disepanjang teratak usang ini. Memberi sinar kepada kegelapan.
Suatu pandangan: Suasana ummah yang harus diperhatikan
2.     Pada pengamatan saya, iklim sosial masyarakat Malaysia saat ini amat membimbangkan. Saya begitu bimbang terhadap perkembangan generasi yang akan datang. Apakah yang akan difikirkan oleh generasi mendatang apabila melihat suasana iklim social disaat mereka sudah dewasa. Saya yakin dan percaya, mereka pasti akan kecewa dengan suasana tersebut dan pastinya kita akan dipersalahkan kerana dari kitalah iklim tersebut berpunca. Seakan-akan virus yang semakin tahun merebak dan akan menciptakan dan membuahkan lubang-lubang kemusnahan.

Saturday, November 27, 2010

Trip to Pulau Sabang.. Lumayan loh...

ni time dah sampai pulau sabang.. he3

Alhamdulillah puji syukur pada Allah yang member nikmat Iman dan Islam kepada diriku, semoga nikmat ini tidak dipalingkan oleh Allah. Selawat dan salam dipanjangkan buat junjungan alam dan kekasih hati Nabi Muhammad SAW yang telah memberi manfaat bagi umatnya.

Saturday, June 26, 2010

Kita bersama dalam dakwah ini



Dulu kita berfikir tentang dakwah. Dulu kita diberikan teori tentang dakwah. Disaat itu ada sesetengah dari kita yang masih belum memahami apakah itu perjuangan. Apakah yang cuba di sampaikan para ulama tentang sirah nabi. Dahulu kita dimomokan atau diberi pengetahuan tentang sirah Baginda hanya sekadar sejarah biasa. Sebagaimana yang kita maklumi tentang sejarah Malaysia, begitulah yang kita fahami tentang sejarah Nabi. Hanya sebatas sejarah.
Namun sekarang kita mengenal apakah erti sejarah Nabi. Sejarah Nabi bukan hanya sekadar sejarah tapi ianya adalah sejarah perjuangan. Perjuangan dalam menegakkan Islam dengan sesungguhnya sebagaimana yang kita nikmati sekarang ini. Syahadah dan kalimah tauhid yang sedang kita anuti ini adalah hasil dari sirah perjuangan Nabi. Ternyata sudah sejarah Nabi bukan hanya sejarah biasa bahkan ianya lebih dari sekadar sejarah. Ianya adalah perjuangan Iman dan Islam.
Kini kita juga telah berada di dalam perjuangan ini, perjuangan sepertimana perjuangan yang difahami Baginda Nabi SAW. Andai dulu kita hanya bermain ditepinya sahaja kini kita telah memasuki ruangan tersebut. Tibalah saatnya kita bergerak. Bergerak menuju kejayaan mencapai mardhotillah. Kita mempunyai satu tekad,kita mempunyai satu azam, satu matlamat, satu harapan. Ianya adalah melihat kembali tegaknya syiar Islam, kembali tegaknya khilafah yang mulia. Kebersamaan kita didalam harapan ini adalah suatu hal yang akan memusnahkan tembok-tembok permusuhan, akan memusnahkan benteng-benteng perpuakkan dan akan merungkai serta merobek bingkai-bingkai kemunafikan. Matlamat kita bukan hanya sebatas harapan baru Malaysia tapi ianya lebih jauh lagi yaitu harapan melihat kembalinya Islam yang gemilang.
Tugas kita sekarang adalah bergerak, menyampaikan dan memahamkan mereka akan dakwah yang kita bawa ini. Dakwah kita adalah dakwah yang jelas. Dakwah kita adalah kesinambungan risalah Nabi. Sebarkan fikrah kita, sebarkan ilmu yang kita miliki. Jelaskan kepada mereka agar mereka memahami dakwah kita supaya mereka juga bersama kita dalam melaksana dan mengapai harapan yang kita idami. Perluaskanlah dakwah kita sesuai dengan luasnya ruang yang kita miliki. Jangan diperkecilkan dakwah itu. Bergerak maju bersama dakwah melangkah maju menuju harapan melihat kebangkitan Islam. Muslim Power!!!


Monday, June 21, 2010

Kita gagal dalam urusan waktu


( بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحيمِ )

1-﴿وَ الْعَصْرِ﴾

2-﴿إِنَّ الْإِنْسانَ لَفي‏ خُسْرٍ﴾

3-﴿إِلاَّ الَّذينَ آمَنُوا وَ عَمِلُوا الصَّالِحاتِ وَ تَواصَوْا بِالْحَقِّ وَ تَواصَوْا بِالصَّبْرِ﴾


Salam perjuangan kepada semua saudara-saudara se-Islamku. Sudah agak lama tidak meng'post' entri yang baru. Menjadikan alasan kesibukan bukanlah merupakan alasan yang kukuh untuk kita mengurangi akitiviti dakwah. Sebagai jundullah kita seharusnya mampu membahagikan masa dengan baik kerana kita sudah mengetahui apabila kita terjun ke bidang ini, maka kita pasti akan disibukkan dengan pelbagai hal. Masakan tidak, kita punya bebanan dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar, seorang anak dan seorang penda'i.

Sebagai seorang pelajar, kita mempunyai bebanan tugas yang diberikan oleh pensyarah. Assignment, midterm, final, pembentangan, diskusi, research dan sebagainya. Hal-hal ini sudah pasti akan meyibukkan kita. Seorang anak kita pasti sibuk untuk melakukan segala hal demi untuk memberi kebahgian kepada orang tua kita. Sebagai seorang da'i kita pasti akan sibuk dengan pelbagai hal yang melibatkan dakwah dari hal-hal yang kecil hinggalah kepada hal yang besar dalam proses meningkatkan lagi tarbiyah diri dan tsaqafah kita.

Tanggungjawab-tanggungjawab ini sudah pasti akan menyibukkan kita semua. Oleh itu seharusnya kita dapat menyeimbangkan tanggungjawab itu dengan seadilnya. Hasan al-Banna pernah menyatakan bahwa kita ini dalam hal kewajiban dan waktu "kewajiban (tanggungjawab) lebih banyak dari waktu".

Moga Allah memberikan kita kefaqihan dalam hal menguruskan waktu agar kita para jundullah dapat melakukan yang terbaik untuk ummah. Amiin~~~~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...