Sabda Nabi: "Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah padanya kebaikan, akan diberi kefahaman dalam agama"

~~

Saturday, November 27, 2010

Trip to Pulau Sabang.. Lumayan loh...

ni time dah sampai pulau sabang.. he3

Alhamdulillah puji syukur pada Allah yang member nikmat Iman dan Islam kepada diriku, semoga nikmat ini tidak dipalingkan oleh Allah. Selawat dan salam dipanjangkan buat junjungan alam dan kekasih hati Nabi Muhammad SAW yang telah memberi manfaat bagi umatnya.

Entri kali ni ana nak kongsi pasal Pulau Sabang. Pulau sabang yang dulunya hanya bermain-main dalam fikiran ana kini telah dijejak dan ditapaki dengan megah. Suatu pengalaman yang berharga dapat pergi kesana dalam keadaan ahli bait yang lain belum berkesempatan untuk pergi. ana mendapat durian runtuh dan bagi ana ianya adalah rezeki yang Allah berikan tanpa diduga. Dalam keadaan pikiran yang penuh dengan timbunan permasalahan persatuan yang harus dihadapi dan selesaikan kerana ianya adalah amanah, Allah telah memberi hadiah kepada diriku untuk menenangkan dan men”refresh” pikiran dengan trip ke Pulau Sabang.

Kebetulan, hari itu ana menemani sahabat membawa tetamu yang datang ke Aceh dalam rangka melancong dan melihat kesan-kesan tsunami. Persatuan PKPMI-CA menjadi travel untuk mengurus schedule aktiviti tetamu tersebut sepanjang berada di aceh. Nak dijadikan cerita, hari itu seharusnya ana menemani sahabat ana membawa tetamu tersebut ke sebuah tempat bersejarah bertempat di kawasan menuju ke Sigli. Seusai sampai ketempat penginapan mereka, salah seorang dari mereka melihat brochure didalam kereta tentang pulau sabang lansung mereka bertanya tentang pulau sabang tersebut. Setelah penerangan diberi tentang keindahan Pulau Sabang, mereka membuat rencana untuk ke Pulau Sabang. Ana ketika itu antara yakin dengan tidak yang mereka betul-betul ke nak pergi ke pulau tersebut sebab perjalanan ke sana harus menaiki bot dan melintasi laut. 

Tapi tak pe, ana ikut sahabat ana yang menjadi kepala travel tersebut menuju ke pelabuhan, pengkalan untuk menuju ke Pulau Sabang itu. Seusai sarapan pagi kami ke pelabuhan untuk mendapat info adakah bot laju menuju ke aceh dah pergi or belum. Jika dah terlepas kami tak jadi pergi sebab jika naik bot laju sekitar 45minit perjalann jika naik bot lambat 2 jam perjalanan. Kami harus naik bot laju sebab kami harus pulang ke Banda Aceh petang hari yang sama sebab keesokan harinya tetamu tersebut akan pulang ke Malaysia. Setelah menuju ke pelabuhan, kebetulan (ini dimanakan rezeki dan kehendak Allah) bot laju memang tidak bergerak lagi dan dalam proses untuk bergerak. Saat itu kami berlari-lari menuju ke bot laju itu agar tidak terlepas. Akhirnya kami berjaya menaiki bot tersebut dan inilah hasilnya yang kami dapat nikmati…… Ini anugerah Allah yang ana perolehi…


ni kapal lambat, klu nak p Pulau Sabang dalam 2jam perjalananya, 
tapi kapal ni leh kita bwak kete or pe2 yg patut

 
 bergambar dgn salah sorng sponsor tiket ana ke P.Sabang.. he3 (dia ni tetamu kami)


 ni dia bot yg kami naik, amik mase 45min tuk sampai, tiket time ni rp65k

 peta2 tuk wisata (melancong)

 haa time dah samapi ke destinasi yg dicari.. pulau yg cantik.. 
nama tempat ni Iboih.. 13km dr pelabuhan

 tua dia panati di Iboih.. jernih tu.. blkng 2 Pulau Rubiah..

 ni dia bbrpe org tetamu pelancong yg kami bwk..

 bersama pemandu pelancong yg berjaya, si aizam.. my friend..

 ni plak namanye Kilometer Nol (penghujung pulau sabang/ aceh), 
18km dr pantai Iboih td


 masjid tempat kami solat.. de air mata air.. jernih dan sejuk..

 dibagian kota sabang..

 bersam tetamu pelancong yg mengsponser kami ke pulau sabang.. trimoe kasih beuh..






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...