Sabda Nabi: "Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah padanya kebaikan, akan diberi kefahaman dalam agama"

~~

Saturday, November 27, 2010

Trip to Pulau Sabang.. Lumayan loh...

ni time dah sampai pulau sabang.. he3

Alhamdulillah puji syukur pada Allah yang member nikmat Iman dan Islam kepada diriku, semoga nikmat ini tidak dipalingkan oleh Allah. Selawat dan salam dipanjangkan buat junjungan alam dan kekasih hati Nabi Muhammad SAW yang telah memberi manfaat bagi umatnya.

Saturday, June 26, 2010

Kita bersama dalam dakwah ini



Dulu kita berfikir tentang dakwah. Dulu kita diberikan teori tentang dakwah. Disaat itu ada sesetengah dari kita yang masih belum memahami apakah itu perjuangan. Apakah yang cuba di sampaikan para ulama tentang sirah nabi. Dahulu kita dimomokan atau diberi pengetahuan tentang sirah Baginda hanya sekadar sejarah biasa. Sebagaimana yang kita maklumi tentang sejarah Malaysia, begitulah yang kita fahami tentang sejarah Nabi. Hanya sebatas sejarah.
Namun sekarang kita mengenal apakah erti sejarah Nabi. Sejarah Nabi bukan hanya sekadar sejarah tapi ianya adalah sejarah perjuangan. Perjuangan dalam menegakkan Islam dengan sesungguhnya sebagaimana yang kita nikmati sekarang ini. Syahadah dan kalimah tauhid yang sedang kita anuti ini adalah hasil dari sirah perjuangan Nabi. Ternyata sudah sejarah Nabi bukan hanya sejarah biasa bahkan ianya lebih dari sekadar sejarah. Ianya adalah perjuangan Iman dan Islam.
Kini kita juga telah berada di dalam perjuangan ini, perjuangan sepertimana perjuangan yang difahami Baginda Nabi SAW. Andai dulu kita hanya bermain ditepinya sahaja kini kita telah memasuki ruangan tersebut. Tibalah saatnya kita bergerak. Bergerak menuju kejayaan mencapai mardhotillah. Kita mempunyai satu tekad,kita mempunyai satu azam, satu matlamat, satu harapan. Ianya adalah melihat kembali tegaknya syiar Islam, kembali tegaknya khilafah yang mulia. Kebersamaan kita didalam harapan ini adalah suatu hal yang akan memusnahkan tembok-tembok permusuhan, akan memusnahkan benteng-benteng perpuakkan dan akan merungkai serta merobek bingkai-bingkai kemunafikan. Matlamat kita bukan hanya sebatas harapan baru Malaysia tapi ianya lebih jauh lagi yaitu harapan melihat kembalinya Islam yang gemilang.
Tugas kita sekarang adalah bergerak, menyampaikan dan memahamkan mereka akan dakwah yang kita bawa ini. Dakwah kita adalah dakwah yang jelas. Dakwah kita adalah kesinambungan risalah Nabi. Sebarkan fikrah kita, sebarkan ilmu yang kita miliki. Jelaskan kepada mereka agar mereka memahami dakwah kita supaya mereka juga bersama kita dalam melaksana dan mengapai harapan yang kita idami. Perluaskanlah dakwah kita sesuai dengan luasnya ruang yang kita miliki. Jangan diperkecilkan dakwah itu. Bergerak maju bersama dakwah melangkah maju menuju harapan melihat kebangkitan Islam. Muslim Power!!!


Monday, June 21, 2010

Kita gagal dalam urusan waktu


( بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحيمِ )

1-﴿وَ الْعَصْرِ﴾

2-﴿إِنَّ الْإِنْسانَ لَفي‏ خُسْرٍ﴾

3-﴿إِلاَّ الَّذينَ آمَنُوا وَ عَمِلُوا الصَّالِحاتِ وَ تَواصَوْا بِالْحَقِّ وَ تَواصَوْا بِالصَّبْرِ﴾


Salam perjuangan kepada semua saudara-saudara se-Islamku. Sudah agak lama tidak meng'post' entri yang baru. Menjadikan alasan kesibukan bukanlah merupakan alasan yang kukuh untuk kita mengurangi akitiviti dakwah. Sebagai jundullah kita seharusnya mampu membahagikan masa dengan baik kerana kita sudah mengetahui apabila kita terjun ke bidang ini, maka kita pasti akan disibukkan dengan pelbagai hal. Masakan tidak, kita punya bebanan dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar, seorang anak dan seorang penda'i.

Sebagai seorang pelajar, kita mempunyai bebanan tugas yang diberikan oleh pensyarah. Assignment, midterm, final, pembentangan, diskusi, research dan sebagainya. Hal-hal ini sudah pasti akan meyibukkan kita. Seorang anak kita pasti sibuk untuk melakukan segala hal demi untuk memberi kebahgian kepada orang tua kita. Sebagai seorang da'i kita pasti akan sibuk dengan pelbagai hal yang melibatkan dakwah dari hal-hal yang kecil hinggalah kepada hal yang besar dalam proses meningkatkan lagi tarbiyah diri dan tsaqafah kita.

Tanggungjawab-tanggungjawab ini sudah pasti akan menyibukkan kita semua. Oleh itu seharusnya kita dapat menyeimbangkan tanggungjawab itu dengan seadilnya. Hasan al-Banna pernah menyatakan bahwa kita ini dalam hal kewajiban dan waktu "kewajiban (tanggungjawab) lebih banyak dari waktu".

Moga Allah memberikan kita kefaqihan dalam hal menguruskan waktu agar kita para jundullah dapat melakukan yang terbaik untuk ummah. Amiin~~~~~

Saturday, May 8, 2010

Melawan fitnah korupsi/rasuah

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah Taala kerana masih diberikan kepada kita semua nikmat Islam dan nikmat iman. Inilah nikmat yang paling besar dikurniakan oleh Allah kepada kita, maka sewajibnya dan selayaknya kita sebagai hambanya Allah mensyukuri pemberian kedua nikmat ini. Hal ini kerana nikmat ini hanya diberikan kepada yang layak sahaja dan kitalah orang yang layak dan beruntung itu. Oleh itu marilah kita menunaikan perintah-Nya dengan sebenarnya dan meninggalkan larangan-Nya dengan sebenar-benarnya. Selawat dan salam tidak lupa juga kita panjatkan kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Baginda lah tokoh reformis yang hebat dalam melakukan anjakan paradigma terhadap manusia yang dulunya berada dalam kebodohan sehinggalah membawa manusia kealam yang dipenuhi sinar kemuliaan.

Alhamdulillah, saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah yang telah memberikan kepada saya nikmat kesihatan dan masa lapang untuk saya meneruskan tanggungjawab saya sebagai hamba-Nya menerusi alam maya ini. Semoga perkongsian ini membawa manfaat dan membawa satu perubahan yang baik dalam diri kita dalam rangka menjadi hambanya yang bertakwa.


Rasuah ataupun korupsi merupakan salah satu fitnah yang besar menimpa umat Islam saat ini. Di pejabat-pejabat Negara maupun di pejabat persendirian berlakunya rasuah malahan ianya seakan-akan sudah sebati dalam kehidupan. Dari orang atasan hinggalah kepada orang bawahan semuanya terlibat dengan rasuah. Rasuah ini adalah merupakan perbuatan yang buruk dan tergolong dalam dosa kerana perbuatan rasuah ini telah menindas golongan-golongan yang lain dan mengambil hak orang lain.


Rasuah ini sayugianya dijauhi oleh umat Islam agar semua manusia dapat menikmat hak yang sama. Bukanlah perkara yang susah untuk kita menjauhi perbuatan rasuah. Ianya merupakan kehendak kita antara hendak menjauhinya ataupun tidak. Jika kita ingin menjauhinya amak kita mampu untuk menjauhinya. Jika diteliti balik, bermulanya perbuatan rasuah adalah melalui diri kita sendiri, maka pengakhiran rasuah itu juga datangnya dari diri kita sendiri. Jika kita mempunyai nafsu dan matlamat yang kuat untuk menjauhinya, Insya Allah kita akan dapat menjauhinya. Allah akan memudahkan jalan bagi hamba-Nya yang ingin bertaubat.


Khatib jumaat menjelaskan kepada jemaah yang hadir bahwa jalan untuk meninggalkan amalan rasuah ini amatlah mudah. Khatib jumaat menjelaskan beberapa jalan yang perlu diambil kira dalam proses kita untuk menjauhi amalan rasuah ini.


Yang pertama adalah menerusi iman dan takwa kita. Iman dan takwa merupakan asas hidup kita. Jika kita beriman dan bertakwa kepada Allah dengan sebenar-benar keimanan maka pasti kita mampu untuk menjauhi amalan rasuah tersebut. Hal ini kerana iman dan takwa inilah merupakan benteng untuk kita melakukan perbuatan yang buruk. Seandainya benteng ini hancur maka kemaksiatan akan mudah memasuki dalam diri kita dan menguasai segala perbuatan kita. Tingkatkan iman dan ketakwaan kita. Dengan keimanan ini kita dapat menjauhi amalan rasuah kerana kita yakin Allah melihat segala perbuatan yang kita lakukan dan pasti ianya akan dicatit oleh malaikat mungkar dan nakir. Dalam hal ini imanlah yang menjadi fungsinya.


Jalan kedua pula adalah menerusi ahli keluarganya. Keluarga adalah orang yang harus berperan dalam rangka menjauhi amalan korupsi yang dilakukan oleh suami. Ahli keluarga haruslah bersederhana dalam berbelanja. Nafsu untuk bermewah harus dikurangi dan dijauhi. Nafsu untuk bermewah inilah punca suami atau ayah melakukan amalan rasuah. Kerana desakan keluarga meminta segala sesuatu yang melebihi batas kemampuan untuk dibeli telah mendorong golongan suami atau ketua keluarga ini menggunakan jalan serong ini untuk memenuhi kehendak mereka yang berada dibawah tanggunggannya.


Jalan ketiga menerusi ukhwah sesama muslim (mencari kawan yang baik). Kawan yang baik akan mendorong seseorang melakukan perkara baik. Sebagaiman seseorang berkawan dengan penjual minyak wangi, maka dia akan terkena bau wangian itu. Jika dia berkawan dengan pembuat besi maka dia akan terkena percikan api dari ketukan besi tersebut. Jika kita memilih untuk berukhwah dengan yang baik, pasti orang yang baik itu akan menunjukkan kita jalan mana yang harus kita lalui. Begitu juga dalam hal rasuah ini, golongan ini akan menyedarkan kita akan hakikat dosanya perbuatan rasuah tersebut.


Guna ketiga jalan ini nescaya kita mampu untuk menjauhi diri dari fitnah rasuah. Jika kita berusaha untuk menuju kearah kebaikan insya Allah, Dia akan memudahkan jalan untuk kita.

Wednesday, April 28, 2010

Boleh sekiranya anda ingin lakukan maksiat...


Andai ditanya boleh ke buat maksiat (melakukan apa yang dilarang oleh Allah)?

Lantas inilah jawapanku :-

“Buat maksiat?? Boleh je, no problem punye…

Anda boleh buat maksiat.

Anda boleh untuk bercouple.

Anda boleh berdua-duaan.

Anda boleh untuk melanggar semua perintah dan larangan Allah.

Tapi dengan syarat…….

1.) Jika sekiranya anda mampu ntuk mencari dan membuat udara sendiri untuk hidup

2.) Jika sekiranya anda mampu untuk mencari dan membuat air sendiri untuk hidup.

3.) Jika sekiranya anda mampu untuk mencari dan mencipta dunia yang lain untuk hidup.

Jika syarat-syarat ini mampu anda lakukan maka silalah untuk lakukan maksiat.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...