Sabda Nabi: "Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah padanya kebaikan, akan diberi kefahaman dalam agama"

~~

Saturday, February 27, 2010

Jangan jage tepi kain aku

“Jangan jaga tepi kain aku!!”

Kita sering mendengar perkataan ini dari mulut-mulut mereka yang tidak senang dan tidak suka apabila ditegur dan dinasihatkan apabila melakukan kesalahan. Perlu diketahui sebenarnya tidak ada manusia yang suka ‘menjaga tepi kain orang lain’, karena diri kita sendiri masih juga mempunyai kekurangan. Kekurangan pada diri manusia ini akan bertambah cukup dan pasti akan mencukupi apabila setiap manusia saling topup menopup dan saling ingat mengingatu.

“setiap anak adam pasti akan membuat kesilapan, dan sebaik-baik kesilapan adalah bertaubat selepasnya”

Setiap manusia pasti akan melakukan kesalahan kerna tidak ada seorang manusia pun yang sempurna hidupnya. Pahala manusia tidaklah selalu meningkat dari hari ke hari sebagaimana pahala para malaikat dan para rasul-rasul serta para nabi-nabi-Nya. Adakalanya pahala manusia akan turun dan adakalanya pahala manusia akan meningkat. Yazid wa yanqus. Itulah status dan pola pergerakan pahala manusia.

Tapi kenapa seseorang itu suka menjaga tepi kain orang?

Islam mengajar umatnya agar saling ingat mengingati kerna Islam mengetahui bahwa manusia sering kali lupa dan perlu kepada peringatan.

Firman Allah Ta'ala dalam surah al-'Asr ayat 1-3 yang bermaksud:

1. Demi Masa!
2. Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian -
3.Kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.

Dalam hadis arbai’in Imam Nawawi hadis yang ke-7 dinyatakan:

Abi Ruqayyah Tamim bin Aus Ad-Dary ra menerangkan bahwa Nabi SAW bersabda, “Agama itu nasihat. Kami bertanya: Bagi siapa?. Baginda bersabda: bagi Allah, kitab-Nya, rasul-Nya, para pemimpin kaum muslimin dan bagi kaum muslimin pada umumnya”-h.r. muslim

Atas dasar inilah mengapa seseorang itu suka ‘menjaga tepi kain orang lain’. Hal ini bukan kerna untuk mengambil tahu hal orang lain tapi bertujuan untuk menjaga dan memperingatinya akan perkara yang disuruh serta diperintahkan dan dilarang serta ditegah oleh Islam. Agar kita tidak terkandas daripada landasan syariat Islam. Hal ini adalah suruhan dan perintah dari Allah agar kita semua beroleh kejayaan dan mendapat keredhaan-Nya baik di dunia dan akhirat.

Perlu dinyatakan juga kenapa seseorang itu suka ‘menjaga tepi kian orang lain’, hal ini kerna seseorang itu mengasihi dan menyanyanginya serta mencintai kita sebagai saudara seagamanya. Bahwa golongan yang suka jaga tepi kain orang ini tidak mahu saudara seagamanya berada di NERAKA kelak kerna kesilapan diri sendiri. Yang mereka inginkan adalah sama-sama berada di SURGA yang abadi.

Nabi Muhammad pernah bersabda: ‘Tidak sempurna iman seseorang di antara kalian sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ian mencintai dirinya sendiri”-h.r Bukhari dan Muslim.

10 wasiat Hasan Al-Banna

Hasan Al-Banna.


Nama yang begitu gah di dunia muslim. Siapa yang tidak kenal dengan Hasan Al-Banna. Sosok tubuh yang mengegarkan dunia. Ikhwan Muslimin yang ditubuhkan pada tahun 1928 selepas kejatuhan kerajaan Turki Uthmani pada tahun 1924 menjadi jejak dan langkah mereka yang datang kemudian hari. Perjuangan dan fikrah gerakannya menjadi ikutan jemaah-jemah Islam di seluruh dunia. Setiap sudut yang ada pada Ikhwan Muslimin dijadikan pedoman dalam perjuangan. Dialah orangnya yang menubuhkan gerakan dakwah ini. Sosok tubuh yang menjadi ikutan. Sosok tubuh yang mencetak kader-kader dakwah. Karya-karyanya dijadikan bahan rujukan yang penting dalam gerakan dakwah. Inilah dia sosok tubuh yang bernama Hasan Al-Banna.

Berikut adalah wasiat yang telah diberikan olehnya kepada umat Islam khususnya para pejuang-pejuang agama Allah.

1- Jika terdengar azan,maka segeralah bangun untuk menunaikan solat berjemaah walaubagaimana sekalipun keadaan seseorang itu.

2- Perbanyakkan bacaan al-Quran,selalu membuka kitab2 untuk menambah ilmu,pergi ke majlis2 Ilmu,perbanyakkan zikrullah dan jangan membuang masa dalam perkara yang tidak mendatangkan faedah.

3- Berusaha untuk bertutur dalam bahasa Arab yang Fushah kerana Bahasa Arab yang betul (Fushah) adalah lambang(syiar) Islam.

4- Janganlah bertengkar walau dalam apa jua keadaan sekalipun kerana pertengkaranyang kosong tidak mendatangkan apa-apa faedah.

5- Janganlah terlalu banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah sentiasa sahaja akan tenteram dan tenang.

6- Janganlah terlalu banyak bergurau kerana orang islam yang sedang berjuang itu tidak mengerti erti bergurau melainkan bersungguh2 dalam setiap perkara.

7- Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8- Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9- Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10- Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya

Hijrah dalam menuju perubahan


Jika kita membincangkan masalah hijrah sahaja, seolah-olah tidak lengkap. Jika membicarakan masalah perubahan juga seolah-olah tidak lengkap. Kalimah 'hijrah' dengan 'perubahan' tidak mungkin dapat dipisahkan. Kalimah ini diibaratkan seperti kuku dan isi. Seperti pedang dengan sarungnya. Juga boleh dikatakan seperti gula yang tidak boleh dipisahkan dengan rasa manisnya. Semua ini sudah semua sedia maklum. Ini adalah hukum alam. Tidak perlu diuraikan panjang lebar.

Apabila berlaku hijrah pasti akan berlaku perubahan. Sama ada perubahan itu merupakan perubahan kepada kebaikan atau sebaliknya. Itu bergantung kepada mereka yang memilih manhaj atau jalan hijrah tersebut. Bergantung juga kepada niat mereka.

إنّما الأعمال بالنّيات وإنّما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله و رسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه

Hadis di atas dengan jelas menunjukkan bahwa setiap apa yang kita lakukan harus disertakan dengan niat. Hal ini kerana niat akan membezakan antara sesuatu yang kita lakukan itu menjadi ibadah atau sebaliknya.

Jika berbicara mengenai hijrah dan perubahan hadis diatas juga ada menjelaskan mengenai hijrah. Pokok pangkalnya adalah setiap hijrah yang kita lakukan, natijah perubahan itu akan bergantung kepada 'sebab apa kita lakukan hijrah dan perubahan itu".

Berbalik kepada tajuk posting kali ini. Kenapa saya meletakkan judul tersebut? Yang jelasnya saya bukanlah hendak membahas masalah konsep hijrah dan perubahan. Jika dibahas konsep hijrah dan perubahan amatlah panjang dan saya bukanlah orang yang layak untuk membahas tentang konsep ini. Hanya secubit sahaja yang mampu saya nyatakan. Mungkin itu hanyalah asas kepada konsep 'hijrah' dan 'perubahan'. Wallahua'lam.

Apa yang sebenarnya yang hendak saya nyatakan melalui judul "Hijrah Dalam Menuju Perubahan" ini adalah mengenai background blog dan penggunaan kata saya posting kali ini dan posting-posting yang akan datang Insya Allah.

Berkenaan dengan background blog ini, kenapa seringkali saya ubah? Hal ini kerana saya rasa kurang sesuai penggunaan background-background yang lepas dalam blog saya. Hal ini juga disebabkan saya masih tercari-cari background yang sesuai dan sebati dengan jiwa saya. Mengenai background yang lepas, saya gantikan yang kali ini kerana ada yang tidak kena dengan Al-Quran yang berada di kepala blog saya. Saya jadi ragu-ragu, takut nanti saya akan membawa natijah yang buruk kepada pemahaman sahabat-sahabat saya yang melihat perkara ini. Saya ucapkan terima kasih kepada sahabat yang menegur mengenai perkara ini. Jazakallah Khairan Jaza'.

Berkaitan dengan penggunaan ganti nama 'saya' dalam blog kali ini dan akan datang, hal ini saya merasakan penggunaan kata ganti nama ini mungkin membawa diri saya lebih dekat kepada para pembaca sekalian. Hal ini amat bagus dalam usaha saya membawa perubahan pada diri saya dan sahabat-sahabat yang lain. Mungkin dengan cara ini, saya mampu merealisasikan dan memenuhi motto dan prinsip saya 'bukan mudah memberi faham, tapi berusaha kearahnya adalah satu cabaran'.

Wallahua'lam....

Jalan Dakwah Pasti Ada Durinya


Dakwah telah lama dimulai sejak zaman dahulu kala lagi. Zaman nabi-nabi yang terdahulu hinggalah sampai kepada zaman nabi junjungan besar kita, nabi Muhammad SAW. Dakwah ini disusuli oleh para sahabat setelah kewafatan nabi. Seterusnya diikuti oleh para tabi’in, tabi’ tabi’in, dibuntuti oleh kaum selepasnya hingga sampai zaman sekarang ini, era abad ke 20. Tidak lain dan tidak bukan dakwah ini adalah bertujuan untuk menegakkan kalimah Allah diatas bumi Allah ini agar manusia mengimani bahawa Allah lah Tuhan yang Esa, yang wajib disembah. Inilah antara tujuan Allah menjadikan kita makhluk di atas bumi ini.

“ Allah Pelindung (yang mengawal dan menolong) orang-orang Yang beriman. ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). dan orang-orang Yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut Yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya”. (surah al-Baqarah:27)

Kebaikan vs kejahatan. Begitu yang dapat digambarkan bahawa setiap perkara baik pasti akan ada perkara buruk yang akan menyusulinya. Maksudnya yang baik ini pasti akan ada perkara jahat yang akan menentangnya.

Dakwah=tentangan

Begitu juga dengan dakwah. “Dakwah” dan “penentangan” adalah suatu perkara yang sinonim. Sudah menjadi lumrah dan asam garam dalam dakwah setiap perkara yang menuju kebaikan akan ditentangan. Sejarah telah menukilkan akan perkara ini. Lihat sahaja lipatan-lipatan sejarah, dalam al-Quran begitu banyak kisah yang diceritakan oleh Allah sebagai peringatan bagi kita hambaNya bahawa dakwah pasti akan ada penentangan.

Nabi musa ditentang firaun, nabi luth ditentang umatnya, begitu juga nabi yunus, nabi sulaiman dan begitu juga dengan nabi-nabi yang lain termasuk juga nabi junjungan kita, nabi Muhammad SAW. Baginda begitu kuat ditentang oleh umatnya malah penentangan itu datangnya dari keluarganya sendiri. Orang yang paling dekat dengannya.

Lebih dekat lagi, kita lihat bagaimana As-syahid Syeikh Ahmad Yasin yang berkerusi roda, yang tidak mampu dari sudut zahirnya juga ditentang hebat. Beliau dibunuh dengan dilancarkan serangan bom(roket) seusai beliau solat subuh berjemaah dimasjid yang telah menghancurkan jasadnya.

Di dalam Negara kita sendiri, dakwah dari kalangan ulama’ dan orang-orang yang cintakan Islam juga hebat ditentang. Lihat sahaja pelbagai isu yang berkaitan Islam banyak ditentang dan diperdebatkan. Penubuhan NGO-NGO yang bertopengkan Islam yang dikuasai oleh golongan-golongan yang mempunyai autonomi inilah yang menjadi akar tunjang dan tulang belakang gerakan-gerakan penentangan Islam di Malaysia. Isu yang masih berlegar-legar lagi di bibir-bibir rakyat Malaysia tentang isu hukuman sebat keatas Kartika kerana didapati bersalah meminum arak dikhalayak ramai. Mahkamah Syariah Pahang telah memutuskan hukuman keatas Kartika, dan Kartika sendiri bersedia untuk menjalani hukuman tersebut, namun ianya masih belum dapat dilaksanakan dek kerana penentangan dari NGO-NGO dan golongan pemuka Islam yang kononnya berlindung atas dasar “melindungi hak-hak wanita” dan hak asasi manusia.

Memang benar dakwah pasti akan disusuli dengan penentangan. Baik penentangan dari masyarakat, kawan-kawan mahupun keluarga kita sendiri. Inilah yang perlu kita sedari. Haruslah kita sebagaimana muslim bersedia menghadapi tentangan yang pasti akan melanda kita. Jangan kita ingin melarikan diri dari tanggungjawab ini kerana kita memang telah ditakdirkan menjadi pendakwah sejak kita lahir lagi.

Menitik khabar dari jauh


Salam kerinduanku dari perantauan
Buat sahabat-sahabatku sekalian
Moga ukhwah terbina bukan hanya untuk kepentingan
Tapi ianya kerana untuk mendapat keredhaan Tuhan

Salam kemaafaan kuhuluran
Andai diri mengundang kekhilafan
Bukan niat diri untuk melakukan
Tapi ianya adalah fitrah lemahnya insan

Sekalung doa aku harapkan
Darimu teman seperjuangan
Moga hatiku tabah dalam perjuangan
Mencari bekal dalam perjalanan

Harapanku besar bukan omong-omongan
Doamu teman amat aku harapkan
Moga doamu terus-terusan
Buat temanmu ini dalam perjuangan

Ucapan syukran ku titipkan
Atas segala keperihatinan
Moga engkau beroleh rahmat dari tuhan
Kerna mendoakan kesejahteraan teman

IAIN Ar-Raniry



Ar-raniry
Engkau datang menyapaku berkali-kali
Menyentap hati sanubari
Sejarahmu indah jika diamati
Ditempat tsunami engkau gagah berdiri
Tempat yang pernah melaksanakan syariat Ilahi

Oh ar-raniry,
Seruanmu melambai-lambai indah sekali
Kini aku datang dengan harapan yang mengunung tinggi
Lautan selat Melaka telah aku harungi
Hanya kernamu duhai ar-raniry

Suka duka menuju b.aceh


Alhamdulillah.

Itulah kalimah yang selayaknya diucapkan penulis setibanya di Lapangan Terbang di Banda Aceh.

Suatu pengalaman yang amat bernilai sepanjang berada di dalam kapal terbang Air Asia.

Dari atas dapat melihat alam ciptaan Allah. Iklim dan bentuk muka bumi Allah dapat dilihat dengan indahnya.

Kagum. Teruja.

Semuanya kerana melihat ciptaan Allah Yang Maha Hebat.

Melihat awan yang berdiri megah di tengah-tengah angkasaraya tanpa mengharapkan sebarang penggantungan. Terdetik perasaan kagum penulis terhadap ciptaan Allah yang bernama awan ini.

Melihat iklim bumi dari udara amat indah sekali. Panoroma dunia yang tidak dapat diterjemah dengan kata-kata.

Penat lelah, kegelisahan, kelam kabut ketika dibumi Malaysia hilang apabila melihat iklim bumi di Banda Aceh.

Indahnya bumi Aceh tiada siapa yang boleh menafikannya.

Bumi yang pernah melaksanakan syariat Islam.

Fakta yang tetap akan terukir di dalam lipatan sejarah Aceh. Walaupun ianya akan hilang diatas kertas, namun pada ingatan setiap masyarakat Aceh tetap akan segar mengimbau sejarah yang utuh itu.

Ketibaan penulis bersama-sama rakan seperjuangan Di Lapangan Terbang Aceh disambut meriah oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Indonesia, Cawangan Aceh (PKPMI,CA). Mereka banyak membantu rombongan penulis yang terdiri dari alumni Kolej UNITI, Malim Nawar(Perak), Taman Islam (Kemaman, Terengganu). Segala kesulitan dibantu sehinggalah kami dihantar ke tempat penginapan. Terima kasih penulis ucapkan kepada penggerak PKPMI, CA.

Sepanjang hampir 5hari di Aceh amat menyeronokkan sekali, pejam celik, pejam celik dah hampir seminggu disini. Sungguh pantas masa berlalu.

Hari ini sudah selesai pendaftaran di Universitas IAIN AR-RANIRY Banda Aceh untuk Fakultas Syariah Ahwal Syakhsiah (SAS). Mungkin minggu hadapan akan mula kelas pengajian setelah selesai dapat surat tawaran dan subjek, i'ALLAH.

Doakan ketabahan penulis dalam mengharungi ujian dan cabaran bersama anak-anak Aceh.

Sekian dulu untuk kali ini, wassalam

Saudara-saudaraku

Wahai saudara-saudaraku, pemuda-pemuda Islam,
Sesungguhnya dunia sedang menantimu,
Menantikan seorang pemuda yang akan mengembalikan semula cahaya Islam,

Engkaulah pemuda-pemuda yang akan menegakkan syiar Islam,

Engkaulah pemuda yang tidak akan luntur dimakan zaman,

Oleh itu sedarlah wahai pemuda,

Sedarlah wahai saudara-saudaraku seagamaku,

Engkaulah khalifah di atas muka bumi ini Allah ini,

Engkau diamanahkan oleh Allah untuk menyeru manusia ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran,

Sedarlah engkau akan amanah itu,

Sesugguhnya engkau pasti akan ditanya tentang amanah itu,

Adakah engkau menjalaninya atau tidak?

Saudara-saudara seagamaku,

Dunia sekarang penuh pancaroba,

Jenayah dunia dimana-mana sahaja berlaku,

Islam agama suci telah dinodai,

Umat Islam berpecah belah menjadi pelbagai puak,

Ingatlah saudaraku hanya Ahli Sunnah Wal Jamaah sahaja yang akan diterima disisi Allah,

Oleh itu saudaraku berpeganglah kamu dengan tali Allah,

Berpeganglah kamu dengan Al-Quran dan As-Sunnah junjungan mulia Muhammad S.A.W,

Dirikanlah sembahyang kamu sebelum kamu disembahyangkan,

Berpesan-pesanlah engkau dengan kebaikan dan kesabaran,

Laksanakanlah apa yang telah diperintahkan oleh Allah kepadamu,

Menginstall Iman Akibat Virus Merah Jambu

Pernah tidak kamu buka komputer hati, dan menemui sebuah virus yang mengacau program-program dan file-file di komputer hati kita? Virus yang bagaimana? Virus yang sentiasa buat hati tidak tenang namun suka dan cemburu tapi cinta. Kalau pernah, pasti virus itu virus merah jambu. Nak tahu virus apa itu?


Virus merah jambu atau virus cinta adalah salah satu jenis virus ganas yang mengakibatkan penyakit hati pada diri kita, dapat merambat ke seluruh network tubuh dan sangat sulit dihilangkan. Dari berbagai kes yang pernah ditemui, ternyata virus ini banyak ditemui pada usia-usia remaja sekitar umur belasan tahun. Lebih tepatnya virus ini banyak menjangkiti para TEENAGER yang tidak punya sistem pertahanan berupa software Iman.


Tapi survey juga membuktikan bahwa walaupun remaja-remaja tersebut memiliki software Iman, namun kerana jarang membuka file C:ImanCintaIlahi.Exe atau file C:ImanRajinIbadah.doc yang berada dalam paket software tersebut, maka akhirnya remaja-remaja tersebut terkena juga dengan didahului pertahanan iman yang cenderung menurun , dan virus merah jambu tersebar ke seluruh komputer hati mereka.


Next, kalau sudah begitu, apa yang terjadi? Maka mulailah virus ini bekerja mengacaukan sistem, program- program, dan file-file kita dengan selalu menampilkan gambar syaitan yang tertawa lebar, gembira melihat kegagalan kita meraih redha- Nya. Namun banyak juga yang suka dengan penampilan syaitan tersebut. Yang pada akhirnya virus ini membuat `hang' pusat sistem otak saraf dan akal mereka. Yang kalau itu terjadi, maka virus ini akhirnya dapat mengalahkan sistem otak saraf dan akal yang kita miliki. Me-nombor-satu-kan cinta pada sesama manusia, dan me-nombor-dua-kan cinta pada Ilahi. Tapi apakah itu semua dapat dicegah bagaimana caranya?


Yang mesti kamu lakukan pertama, iaitu hilangkan dulu file-file yang dapat menjadi pintu masuk virus ini, misalnya file cintadunia.exe. Lalu memasukkan CD anti-virus yang berisi file sahsiah.exe yang akan membersihkan sedikit demi sedikit virus cinta sampai ke akar-akarnya bila file tersebut dijalankan. Kalau anti virus tersebut tidak berhasil, maka kamu perlu menginstall kembali software imanmu. Kamu boleh pergi ke pusat-pusat yang menawarkan installer iman. Atau kamu boleh beli CD installer berisi file Aqidah.exe atau Imankuat.doc.
Kalau sudah berhasil diinstall, pastikan komputer hatimu bekerja dengan normal kembali. Dan supaya tidak berulang kembali, maka seringlah membuka file dakwah.exe dan ukhuwwah.doc agar hati kita sentiasa jernih dan tenang..

diambil dari lamen web htpp://www.iluvislam.com

* byk artikel yg menarik utk di baca... layarilah....

Untukmu Muslimah


"BerJaYa @ Gagal Byk BerGantuNg Pd Thp KesaBaraN"

bersabarlah m'hadapi pahit mahung dunia, krn sabar itu akan mewariskan kebijaksanaan

Ummu ar-Rabi' binti al-Bara' , ibu Harithah bin Suraqah yg wafat pd perang badar , menceritakan bhw ia( Ummu al-Rabi' ) menemui Nabi S.A.W untuk bertanya tentang anaknya yang telah mati syahid, dan ini ia lakukan hanya utk menenangkan hatinya: " Ya Rasulullah, beritahulah aku tentang keadaan anakku, Harithah. Jika dia ada di syurga, maka aku akn bersabar. Namun, jika ia berada di tempat lain, maka aku akan menangis sekuat-kuatnya." Nabi S.A.W bersabda: " Wahai Ummu Harithah, di syurga terdapat byk taman, dan anakmu berada di taman Firdaus yg paling tinggi.


Kematian anak merupakan satu ujian yang luar biasa bagi seorang ibu, ia mampu mencabik-cabik hati dan menggetarkan dada. Wanita itu berkata kepada Rasulullah S.A.W bhw jika anaknya di syurga, maka dia akan dpt berjumpa semula dgnnya jika diizinkan Allah.

Kesabaran Ummu Harithah berpisah dgn anaknya tlh menjadi sbb Allah mengangkat darjat anaknya di syurga. Jika anak tidak di syurga, maka hal itu akan membuatnya menangis sejadi-jadinya krn berpisah dgn anak yg dikasihinya. Inilah yg mampu dia lakukan dan kesabarannya itu sgt agung. Sesungguhnya dia seorang ibu yg kehilangan anaknya, yg penyayang, yg sabar dan ikhlas.
-petikan dr: Jadilah Wanita Plg Bahagia, oleh : DR' AIDH ABDULLAH AL-QARNI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...